Selamat tinggal, Sonny San…
Cakerawala fesyen tanahair kini hilang sebutir bintang yang cukup gemilang.
Tanpa diduga, industri fesyen tempatan digegarkan berita mengejut: pereka fesyen Sonny San, 54, telah meninggal dunia akibat serangan jantung, pagi semalam.

Mendiang Sonny San (tengah) dengan seleksi rekaannya untuk jenama Eclipse di KL Fashion Week 2016, Ogos lalu
Mendiang merupakan Pengarah Urusan jenama Eclipse, yang beliau tubuhkan pada tahun 1996. Selain di Malaysia, Eclipse kini berjaya diperkembangkan ke Indonesia, Kemboja, Negara Thai, Filipina, Taiwan dan juga Arab Saudi.
Antara pereka generasi terawal yang menerajui industri fesyen negara, Sonny San dilihat sebagai salah seorang mentor kepada generasi pelapis pereka fesyen, dan juga diangkat sebagai rakan industri yang cukup disayangi kerana karisma, komitmen dan personalitinya yang mudah didekati. He was one of our godfathers of fashion.
Sejak berita pemergiannya disebarkan, media sosial dibanjiri tribute kepada legenda fesyen ini. Pereka Rizalman Ibrahim, Melinda Looi, Hatta Dolmat, Fairuz Ramdan, juga selebriti seperti Elaine Daly, Sean Ghazi dan Puan Sri Tiara Jacquelina antara yang memperingati mendiang di media sosial. Di sini GL mengumpulkan sebahagian daripadanya.
GL mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mendiang Sonny San.
Daripada rakan sekerja:
Daripada rakan-rakan selebriti, industri & influencer:

(daripada fotografer Vincent Paul Yong)
Daripada teman-teman pereka fesyen:

[daripada Michael Ong, yang dinobatkan bersama Eric Choong, Tom Abang Saufi, Edmund Ser, Melinda Looi, dan mendiang Sonny San sebagai The Big 6 pada Malaysian International Fashion Week (M-IFW) 2006]


(daripada Fairuz Ramdan)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023
GLAM Lelaki Alphamen adalah acara tahunan berprestij untuk meraikan individu yang telah memberikan impak positif dalam latar kerjaya masing-masing. GLAM Lelaki senaraikan 25 gaya selebriti terbaik di acara Alphamen 2023.
RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI
Peminat fanatik Beyonce akan berpeluang menonton RENAISSANCE: FILEM BY BEYONCE yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Dato’ Sri Bernard Chandran sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang merupakan seorang pereka fesyen terkenal dan berbakat besar malah digelar sebagai King of Fashion Malaysia.
“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Tomok sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus gemilang mewarnai industri muzik tanah air.
“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Khoon Hooi sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus unggul meluaskan empayar label fesyennya dalam industri fesyen tempatan dan luar negara.
ADA APA DENGAN ALPHAMEN? DEBARAN MENANTI ALPHAMEN 2023
GLAM Lelaki Alphamen menjadi kemuncak dalam litar sosial dan dinanti-nantikan serta diperkatakan oleh golongan elit tempatan setiap tahun. Siapakah Alphamen tahun 2023?