BFAB.MY PORTAL SERVIS INTERAKTIF
TERDAPAT RIBUAN TEMPAT RAPI DIRI ANDA MUNGKIN SUKAR MENCARINYA. MELALUI PORTAL BFAB.MY SEMUANYA DI HUJUNG JARI. ANDA BISA MENGAKSES BERBAGAI JENIS PAKEJ RAWATAN MENGIKUT HARGA MELALUI HANYA SATU PORTAL. IKUTI PENGALAMAN SAYA MEMILIH RAWATAN MENGGUNAKAN PORTAL GROOMING HEBAT INI
Ratusan pusat rawatan diri termasuk spa, manicure, pedicure hingga servis jurumekap profesional tersenarai di bawah portal bfab.my, mudah bagi pelanggan untuk mencari semuanya hanya melalui satu medium, satu laman sesawang, dengan bermacam-macam pilihan salun. Tidak terhad kepada rawatan di salun, terdapat juga rawatan yang dibuat di rumah seperti mekap, urutan, fotografi, rawatan muka dan pedandan rambut.
Di halaman utama bfab.my tersenarai berbagai kolum untuk anda pilih mengikut kategori, yang memudahkan pencarian. Contohnya, saya memilih ‘Face’, masuk ke halaman spa yang disenaraikan bfab (lebih daripada 300 tempat untuk anda pilih!) kemudian, disenaraikan harga mengikut rawatan, lokasi tempat, dan slot yang masih kosong. Cukup mudah! Tak perlu lagi tempahan melalui telefon atau walk-in.
PROSES TEMPAHAN
Langkah pertama buka laman sesawang bfab.my

Langkah kedua pilih rawatan yang anda mahu, contonya ‘spa’, dan pilih tempat serta pakej yang ditawarkan.

Langkah ketiga, klik ‘Book Now’ dan pilih tarikh rawatan dan waktu yang tersedia untuk menerima tempahan. Slot masa yang masih kosong dapat ditentukan melalui petak bold manakala slot yang sudah menerima tempahan pada petak yang telah dikaburkan.

Langkah keempat, tekan kotak ‘Checkout’dan isi maklumat anda dan bayaran. Masukkan kod promosi (jika ada). Setelah ruang diisi dengan tepat tekan ‘Pay Now’.

Langkah kelima, secara serta-merta anda akan menerima emel pengesahan daripada bfab.
PENGALAMAN SPA
Saya berkesempatan menerima rawatan spa pilihan di Mandara Spa, Sunway Resort Hotel. Suasana ala Bali di tengah-tengah hutan dalam bandar sudah memberi mood positif yang cukup tenang. Saya memilih pakej urutan Bali yang ternyata memberikan ketenangan tubuh badan setelah berminggu-minggu berhempas pulas melunaskan kerja. Saya diberi pilihan untuk memilih minyak untuk dipakai semasa urutan dan segala butiran mengenai kesihatan diperiksa terlebih dahulu. Selepas dibawa ke ruang bilik yang diperincikan hiasan Bali moden, menghadap pandangan hijau juga ruang mandi bersaksikan flora cukup mengujakan. Urutan dilakukan bermula di wajah, kemudian badan. Aroma minyak Island Spice berserak di seluruh tubuh dan bilik, saya gemar dengan teknik urutan dan layanan bak sang raja. Anda harus cuba segalanya di sini. Produk-produk khas digunakan antaranya dari jenama Elemis yang hanya dijual di Mandara Spa memberi berbagai pilihan produk penjagaan diri.




Produk-produk Elemis menjadi pilihan Mandara Spa

Ruang penyambut tetamu Mandara Spa, Sunway Lagoon Resort




Oleh Ryan Mohamad
Gambar bfab.my
Fokus dan pandangan hal fitness dan etika grooming lelaki alfa
Tags
Artikel Yang Berkaitan
OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF
Ingin tampil segak dan eksklusif? Kenali 5 gaya rambut lelaki berkonsepkan old money yang buat anda kelihatan kemas, bergaya dan berkelas!
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!











