Skip to content

PERSALINAN TERBAIK PADA HARI BERSEJARAH RAJA CHARLES III

PERSALINAN TERBAIK PADA HARI BERSEJARAH RAJA CHARLES III

Kongsikan artikel ini

Lapan bulan selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Raja Charles III akhirnya ditabal menjadi Raja Britain baru pada 6 Mei lalu.

Detik bersejarah Raja Charles yang berlangsung di Westminster Abbey disaksikan beratus-ratus tetamu berprofil tinggi. Ini termasuk pemerintah tersohor dan kerabat Diraja dari seluruh pelosok dunia.

pertabalan raja charles

Foto: Getty Images

Raja Charles memecah tradisi dengan menggayakan persalinan moden yang ditempah khas untuk istiadat pertabalan. Baginda menyarung tunik berwarna merah, kemeja sutera rona krim dan celana Tentera Laut Diraja. Gayanya dilengkapkan dengan jubah vintaj yang dipakai datuknya, Raja George VI semasa pertabalannya sendiri pada tahun 1937.

Saat dimahkotakan, Raja Charles menyarung gaun putih Colobium Sindonis dan Supertunica emas sebelum dipakaikan Mahkota St. Edward berusia 362 tahun. Baginda kemudiannya meninggalkan Westminster Abbey dengan Mahkota Diraja Negara atau dikenali sebagai Imperial State Crown.

pertabalan raja charles

Foto: Getty Images

GL himpunkan fesyen terbaik yang digayakan kerabat serta tetamu pada upacara pertabalan Raja Britain yang penuh bersejarah.

5 of 12

Raja Felipe & Permaisuri Letizia

Raja Sepanyol kemas bergaya dalam pakaian tentera manakala Permaisuri Letizia kelihatan elegan dalam jaket peplum dan skirt Carolina Herrera merah jambu.

Foto: Getty Images

5 of 12

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut

DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut