Skip to content

PERSONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025

PERSONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025

Kongsikan artikel ini

Koleksi Coach Holiday Gift Guide 2025 hadir dengan seleksi yang mewah dan diperkaya dengan sentuhan kraf New York yang begitu ikonik.

Musim perayaan hadir sekali lagi dan tahun ini, Coach mengajak anda untuk menyambutnya dengan gaya yang lebih segar, lebih berani dan penuh karakter. Sama ada anda merancang hadiah buat insan istimewa atau merayakan momen from me to me, koleksi Coach Holiday Gift Guide 2025 menjanjikan pilihan yang serba mewah serta playful.

Untuk kempen percutian tahun ini, GL Gang Hakimi Noordin & Jansen Lau kembali bersama Pengarah Kreatif GLAM Lelaki, Johan Kassim. Mereka menyuntik DNA #StyledbyJK ke dalam rangkaian Coach. Melalui lensa gaya mereka, gaya percutian ini diberi nafas baharu: street-ready berubah holiday-ready, siluet klasik diolah menjadi lebih berani. Dan, setiap item dipakai untuk mencerminkan keyakinan individu.

WHIMSICAL, FESTIVE, NEW YORK COACH ENERGY.

Coach menggabungkan sentuhan shearling, knit, tweed dan sparkles untuk menyalakan semangat hujung tahun. Koleksi tahun ini hadir dengan tema cozy meets festive, namun tetap mengekalkan attitude New York yang sudah sinonim dengan jenama ini.

Antara sorotan yang mencuri perhatian:

The Tabbys: Ikon Yang Sentiasa Berevolusi

Musim ini, rangkaian Tabby hadir dengan persona yang lebih playful dan penuh karakter. Dari Polished Pebble Leather yang sleek, jahitan quilted yang memberi dimensi lembut, hingga sentuhan bandana dan floral embellishments yang menyerlahkan sisi feminin. Setiap rekaan Tabby tampil sebagai interpretasi baharu gaya perayaan moden. Tidak ketinggalan, perincian bow yang manis memberi elemen whimsy yang sesuai untuk mood perayaan hujung tahun. Koleksi ini dicipta untuk melengkapi apa jua agenda anda. Sama ada makan malam bersama teman rapat mahupun glamorous soirées yang penuh gaya.

Melengkapi koleksi tersebut, Coach turut memperkenalkan rangkaian aksesori dan bag charms yang memberi sentuhan personaliti pada setiap penampilan. Dari charms ceri yang berkilau hingga charms motif New York  yang membawa semangat kota besar ke dalam gaya harian. Aksesori kecil ini mungkin minimal dari segi saiz tetapi cukup impactful dalam mencipta statement yang sofistikated. Dan untuk mereka yang sukakan rekaan playful dengan karakter unik, Elora Top Handle Crossbody Bag dan Compass 25 in Suede menawarkan siluet yang chic dan serbaguna.

Timeless Outerwear, Elevated For The Holidays

Tiada yang lebih effortlessly cool daripada jaket kulit Coach. Versi 2025 tampil dengan sentuhan yang lebih sleek, versatil serta direka untuk tahan lama. Semestinya pilihan ideal untuk lelaki moden seperti GL Gang. Dalam kempen GLAM Lelaki bersama Coach, Hakimi Noordin menggayakan moto jacket dalam estetika bold minimalism. Ia menonjolkan garis maskulin dan kemasan bersih. Jaket LTWT Moto dipadankan bersama baju tee Relaxed College Train Coach.

coach holiday

Manakala Jansen pula mengetengahkan gaya street-luxe yang lebih relaxed tetapi tetap polished, mencerminkan personalitinya yang clean, karismatik dan cukup moden. Gabungan jaket Wool Varsity bersama baju tee grafik Relaxed Signature Hare Coach menambah gaya Jansen di pop-up Coach.

coach holiday

Untuk sentuhan perayaan yang lebih fun, koleksi Disney x Coach memperkenalkan Pluto Crewneck Sweater sebagai highlight yang instantly festive. Dipadankan bersama Sculpted C Tweed Jacket, ia mencipta look yang playful tetapi tetap elevated — gabungan sempurna untuk winter dressing dalam cuaca tropika. Kombinasi ini bukan sahaja membawa karakter unik ke dalam gaya hujung tahun, tetapi juga menambah elemen youthful energy yang melengkapkan mood percutian.

coach holiday

COACH HOLIDAY POP-UP: DESTINASI AKHIR TAHUN ANDA

Untuk merasai sepenuhnya keajaiban Coach Holiday 2025, para pengunjung boleh berkunjung ke pop-up istimewa yang berlangsung di tiga lokasi utama: The Gardens Mall, The Exchange TRX dan Genting Highlands Premium Outlets. Setiap ruang pop-up ini direka untuk membawakan pengalaman imersif yang mencerminkan dunia Coach. Dipenuhi dengam kilauan perayaan, elemen playful dan sentuhan New York attitude yang memikat.

Sepanjang tempoh pop-up, pelbagai aktiviti eksklusif menanti para pengunjung. Di hari bekerja, pengikut Instagram @coachseasia boleh menebus polaroid Coach Holiday percuma sebagai kenangan musim perayaan. Pada hujung minggu pula, pengunjung berpeluang menyertai giveaway istimewa yang menawarkan pelbagai hadiah eksklusif seperti puffy Coach Holiday stickers, kertas pembalut, poskad, baucar Coach Coffee Shop serta hadiah utama yang direka khas untuk meraikan musim ini. Keseluruhan pengalaman ini dirangka untuk membawa anda lebih dekat dengan semangat perayaan Coach. Penuh kegembiraan, penuh stail dan penuh kehangatan hujung tahun.

Pautan berkaitan: 5 JENAMA LOKAL ‘GEN Z’ INDONESIA YANG MENJADI PILIHAN PELANCONG MALAYSIA

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT

Bacaan Lanjut

THE COACH RESTAURANT SINGAPORE: GAYA HIDUP MEWAH DI JEWEL CHANGI AIRPORT

Bacaan Lanjut

THE ORDINARY MEMPERKENALKAN SET HADIAH MINI: RINGKAS, PRAKTIKAL & SIAP UNTUK DIRAIKAN

Bacaan Lanjut
THE GIFT FOR NEW ADVENTURES, KEMPEN ISTIMEWA DARI COACH

THE GIFT FOR NEW ADVENTURES, KEMPEN ISTIMEWA DARI COACH

Bacaan Lanjut
ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI

ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI

Bacaan Lanjut

NANON KORAPAT KINI RAKAN COACH ASIA TENGGARA

Bacaan Lanjut