PESONA INSTALASI SENI COS
COS memerihalkan seni dengan mengadakan kerjasama bersama Studio Swine bagi menghasilkan pameran seni berjudul New Spring. New Spring yang dipasang di lokasi ikonik, Changhing Bell Tower, Shanghai. Instalasi seni yang penuh inspirasi ini menyimbolkan karakter kota tersebut, di mana ia digambarkan seperti pohon willow di taman puspa Cina, diperindahkan lagi dengan dekorasi luar biasa serta gantungan putih berbentuk buih ibarat bunga-bunga Magnolia.

Kesepakatan di antara COS bersama-sama Studio Swine kekal erat dengan membawa hubungan seni dengan fesyen berdasarkan perspektif tersendiri. Binaan tersebut sekali imbas memancarkan aura glamor dan pada masa sama cukup teguh kemasannya. Reka bentuk abstrak penuh jiwa seni ini, pernah merangkul anugerah. Karya seni ini juga pernah dipersembahkan di Milan’s Salone del Mobile 2017, dan kemudiannya ‘terbang’ ke Design Miami. Istimewa instalasi seni ini, adalah untuk merai pelancaran stor online COS dan terdapat koleksi khusus COS X Studio Swine merangkumi helaian lelaki dan wanita yang terjual di butik-butik COS.



Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.











