Skip to content

Pharrell Williams Louis Vuitton

PHARRELL WILLIAMS DILANTIK SEBAGAI PENGARAH KREATIF LELAKI LOUIS VUITTON

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Rumah fesyen ikonik, Louis Vuitton telah melantik Pharrell Williams bagi menggantikan Virgil Abloh sebagai Pengarah Kreatif Menswear terbaharu jenama itu.

Pharrell Williams yang terkenal dengan lagu hit yang berjudul “Happy”, telah dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Kreatif Lelaki terbaharu bagi Louis Vuitton. Dia yang menggantikan Virgil Abloh, akan mementaskan koleksi pertamanya pada Minggu Fesyen Lelaki, bulan Jun nanti di Paris.

Pharrell Williams Louis Vuitton

Penyanyi yang berasal dari Amerika Syarikat itu pernah sebelum ini bekerjasama dengan Louis Vuitton pada 2004 dan 2008. Kerjasamanya bersama Louis Vuitton itu dilakukan di bawah pengarah kreatif ketika itu, Marc Jacobs. Pada tahun 2008, dia bekerjasama dengan jenama terkenal itu sekali lagi dalam menghasilkan koleksi perhiasan kemas. Bekerjasama dengan pereka perhiasan kemas Louis Vuitton ketika itu, Camille Miceli untuk koleksi Blason yang merangkumi himpunan cincin dan gelang berlian.

Pharrell Williams atau nama sebenarnya Pharrell Lanscilo Williams ialah seorang yang berwawasan. Lantas, dunia kreatifnya berkembang melalaui industri muzik, seni dan fesyen. Dia berjaya memecahkan sempadan kariernya, daripada industri muzik kepada kejayaan menonjolkan bakat dan kreatif ke dalam industri fesyen.

1 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KOLABORASI LOUIS VUITTON DAN J-HOPE, DENGAN LV BUTTERSOFT SNEAKER

KOLABORASI LOUIS VUITTON DAN J-HOPE, DENGAN LV BUTTERSOFT SNEAKER

Bacaan Lanjut
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

Bacaan Lanjut
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026

DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026

Bacaan Lanjut