Skip to content

POP-UP LONGCHAMP PARISIAN ARTISANS, KOLABORASI BERSAMA CONSTANTIN

POP-UP LONGCHAMP PARISIAN ARTISANS, KOLABORASI BERSAMA CONSTANTIN

Kongsikan artikel ini

Longchamp membawa semangat kota cinta Paris ke Kuala Lumpur melalui Pop-up Artisans Parisian, hasil kolaborasi bersama Constantin.  

Diinspirasikan oleh budaya artisan ikonik Longchamp, mereka bawakan semangat kota Paris ke serata dunia di Pop-up Artisans Parisian. Dari 25 Jun hingga 6 Julai 2025, rasai dunia puitis ini di Pop-up Longchamp Parisian Artisans  Pop-up ini bertempat di Aras 3, Pintu Masuk Utama Pavilion Kuala Lumpur. Pop-up Longchamp Parisian Artisans yang imersif ini meraikan kolaborasi musim luruh 2025 antara Longchamp dan Constantin. Ini merupakan satu pertemuan romantis antara jenama tersohor Perancis dan ilustrator serta seniman seramik Paris, Constantin Riant.

POP-UP LONGCHAMP PARISIAN ARTISAN

Diinspirasi daripada pesona harian kejiranan Paris, Riant mengolah semula reka bentuk yang berkait dengan kota itu. Sebagai contoh, kedai klasik, papan tanda bertulis tangan dan kraf tradisional menerusi lakaran biru kobalt yang menjadi gaya khasnya. Elemen-elemen seni ini dihidupkan pada beg tangan, aksesori dan pakaian termasuk jaket kerja, T-shirt dan rekaan semula produk ikonik seperti beg Le Pliage.

POP-UP LONGCHAMP PARISIAN ARTISAN

Pop-up Dengan Suasana Kota Paris

Dengan latar belakang menyerupai kawasan kejiranan Paris yang whimsical, pop-up ini menghidupkan suasana pesona kota tersebut. Semuanya menerusi rekaan hadapan kedai dan perincian artisan yang halus. Para pengunjung diundang untuk menyelami dunia Longchamp x Constantin melalui detik-detik sederhana yang membahagiakan. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti menikmati kopi, pastri dan membawa pulang sejambak bunga. Selain itu,  memilih poskad menarik serta duduk untuk potret lukisan tangan di stesen picture framer.

POP-UP LONGCHAMP PARISIAN ARTISAN

Pop-up ini turut menerima kehadiran ramai selebriti dan pempengaruh tempatan yang menambahkan lagi kemeriahan suasana ala-Paris. Antaranya, Elynn Leong dari Gen1es dilihat menggayakan Épure XS Tote Bag rona kuning chick. Ia digandingkan dengan coffee key ring yang cukup playful. Manakala pelakon terkenal Mimi Lana juga tampil menawan dalam helaian koleksi Longchamp Fall-Winter 2025, dipadankan bersama Le Roseau M Shoulder Bag dan croissant key ring yang mencuri tumpuan.

LONGCHAMP

LONGCHAMP

Longchamp Parisian Artisans Pop-Up dibuka kepada orang ramai setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam, bermula 25 Jun hingga 6 Julai 2025, di Aras 3, Pintu Masuk Utama, Pavilion Kuala Lumpur.

Pautan berkaitan: GAYA SELEBRITI ASIA DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26