Skip to content

PUMA SPEEDCAT BALLET PERKENAL SILUET MARY JANE

PUMA SPEEDCAT BALLET PERKENAL SILUET MARY JANE

Kongsikan artikel ini
Bersedia untuk pengalaman penuh gaya, feminiti serta kelajuan bersama PUMA Speedcat Ballet yang menjadi kehangatan balletcore!

Musim ini, PUMA Speedcat Ballerina baharu menjadi tumpuan utama di Copenhagen Fashion Week. Siluet hibrid yang unik ini menggabungkan elemen klasik Mary Jane dengan rekaan aerodinamik Speedcat.

Anggun namun diinspirasikan oleh dunia sukan permotoran, PUMA Speedcat Ballerina menampilkan reka bentuk terbuka di bahagian depan dengan penutup tali elastik. Menyerupai gaya flat balet, gabungan antara dua dunia yang kelihatan berbeza. Balet dan perlumbaan, menjadikan kasut ini begitu unik. Ia telah diperkenalkan dalam pelbagai warna termasuk kombinasi hitam dan merah jambu dua tona. Selain itu, pilihan perak metalik yang menyerupai badan kereta lumba F1.

PUMA speedcat balletPUMA speedcat ballet

Dengan keluaran terbaharu ini, PUMA menulis bab baharu bagi rekaan Mary Jane.  Gaya ikonik yang terkenal pada era 1920-an. Ia sering dikaitkan dengan semangat bebas golongan flapper ketika itu. Kini, DNA rekaan Mary Jane diadun bersama salah satu rekaan kasut paling ikonik PUMA.

PUMA speedcat ballet

Speedcat mula diperkenalkan pada tahun 1999 sebagai kasut tahan api khas untuk pemandu lumba F1. Reka bentuk berprofil rendah memberikan rasa cengkaman lebih baik pada pedal minyak, menjadikannya pilihan popular dalam kalangan pemandu yang ingin mendapatkan kelebihan kompetitif tambahan.

Raikan Siluet Ikonik Di PUMA Speedcat Ballet Pop-Up bersama JD Sports!

Langkahkan kaki ke dunia penuh adrenalin dengan PUMA Speedcat Ballet Pop-Up, hasil kolaborasi eksklusif bersama JD Sports! Dari 16 hingga 20 April di Starhill Piazza, Bukit Bintang. Pop-up istimewa ini diinspirasikan oleh suasana road trip di California yang disinari cahaya matahari dan aura retro motel klasik. Ia akan membawa anda dalam satu perjalanan penuh nostalgia dan elegan, meraikan evolusi dari ikonik PUMA Speedcat ke versi terbaharunya yang anggun, Speedcat Ballerina!

PUMA speedcat ballet

PUMA speedcat ballet

Setibanya anda, para tetamu akan “daftar masuk” di kaunter motel kami untuk menerima peta perjalanan dan kunci motel, sebelum meneroka pelbagai checkpoint menarik. Rakam gambar terbaik anda di zon foto ikonik seperti Speedcat Motel Suite dan Stesen Minyak Speedcat. Kemudian segarkan diri dengan slushie percuma dan cipta keychain eksklusif menggunakan kunci motel anda di JD Sports, Pavilion KL.

Jangan lepaskan peluang untuk sertai PUMA dan JD Sports dalam satu escapism bergaya penuh nostalgia di tengah-tengah Kuala Lumpur — penuh kejutan, kenangan retro, dan gaya moden yang dibawakan khas oleh PUMA Speedcat!

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

Bacaan Lanjut
WIN METAWIN MEMERIAHKAN PEMBUKAAN FLAGSHIP STORE TERBESAR PUMA DI MALAYSIA

WIN METAWIN MEMERIAHKAN PEMBUKAAN FLAGSHIP STORE TERBESAR PUMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

PUMA MENAMAKAN A$AP ROCKY SEBAGAI PENGARAH KREATIF PUMA X F1

Bacaan Lanjut
TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT

TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT

Bacaan Lanjut

6 PAKAIAN KOLEKSI RAYA PUMA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
10 SNEAKER LELAKI PALING BERGAYA UNTUK KEGUNAAN HARIAN

10 SNEAKER LELAKI PALING BERGAYA UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Bacaan Lanjut