RAIKAN MUSIM PERCUTIAN DENGAN COACH
HOLIDAY SEASON BAKAL TIBA! COACH RAIKAN MUSIM PERCUTIAN DENGAN MEMUNCULKAN KEMPEN MUSIM CUTI YANG MENAMPILKAN RAKAN-RAKAN COACH DAN DUTA KEMPEN, MICHAEL B. JORDAN DISAMPING KELUARGA TERSAYANG. SEMANGAT KEKELUARGAN BERSUASANA HARMONI MUSIM PERCUTIAN DISEMPURNAKAN DENGAN BARISAN PRODUK COACH YANG TERBAHARU.
APRESIASI KEKELUARGAAN COACH
Dalam pada menanggung kemelut bawak Covid-19 sepertikan tidak berkeputusan, Coach menjunjung semangat cinta, kekeluargaan dan menajamkan harapan melalui pelancaran kempen musim percutian. Di samping itu, Coach mahu membenihkan kepositifan dalam melanjutkan tema kekeluargaan sempena merayakan musim percutian yang bakal berkunjung.
Holiday season meraikan budaya memberi hadiah yang cukup akrab dengan musim percutian. Bukan itu sahaja, aktiviti bersifat kekeluargaan dan sahabat, tidak dinafikan menjadi aktiviti kebiasaan hujung tahun.
Jenama Coach tegar menyemarakkan semangat percutian, dengan menghimpunkan kempen musim percutian dan serangkaian aksesori dan helaian berinspirasikan mood bercuti.
Coach menghimpunkan wajah-wajah masa kini yang berbeza-beza latar-datangnya daripada lapangan fesyen, seni serta sukan-namun punya cinta yang sama. Dipadukan atas dasar komitmen sebagai rakan jenama Coach.
Turut menyertai kempen bertema “Holiday is Where You Find It” adalah duta kempen Coach yakni Jennifer Lopez. Jennifer Lopez ditemani keluarga kecilnya, ibu, Guadelupe Lopez serta dua anak, Emme dan Max. Mereka dirakam sedang bercanda sesama mereka dalam suasana meriah Krismas.


Michael B. Jordan yang juga berperanan sebagai duta kempen, mengajak ahli keluarga yakni ibu dan bapanya serta adik-beradik untuk tampil dalam kempen musim percutian yang menjunjung tema “Holiday is Where You Find It”. Menyandiwarakan mesej Coach yang berkaitan dengan sentiasa menguntumkan makna kecintaan dan kebahagian.
Yuna, penyanyi dan penggiat muzik asal Malaysia turut dijemput Coach untuk menghiasi kempen musim percutian musim baharu. Buat julung kalinya, Yuna muncul dan ini menandakan namanya kini berdiri sebaris dengan duta-duta global Coach yang lain.
Lebih mengujakan lagi, rakan jenama Coach yang lain, Kiko Mizuhara, Jeremy Lin, Quincy Jones, Megan Thee Stallion dan ramai lagi yang disatukan untuk menunjukkan karakter masing-masing, di samping ahli keluarga.
Visual “Holiday is Where You Find It” memnfokuskan pelbagai aksesori wanita, misalnya beg silang Beat, manakala himpunan beg galas dan beg silang Hitch khusus lelaki mencurahkan idea gifting terbaik yang menegapkan inspirasi rencam gaya hidup penduduk New York.
KOLEKSI COACH HOLIDAY 2020
Dedikasi gaya berpergian, Coach menghimpunkan aksesori dan helaian lelaki yang memanfaatkan kefungsian yang bukan direka untuk acara-acara tertentu sahaja, malah ia bisa dipakai pada bila-bila masa. Baik dipakai ketika sepanjang akhir tahun mahupun dipakai sewaktu bekerja dari rumah. Tiap rekaan yang terkandung disatukan dengan nada gaya urban.
Koleksi ini membutirkan aspek fesyen pada keseluruhannya, juga tidak mengabaikan praktikaliti, disimbah rona-rona yang menjadi kecintaan Coach yakni warna-warna ‘bold’.
Mainan warna tersebut memenuhi kehendak pasaran sekarang yang sentiasa menginginkan produk berimej ‘cool’, urban dan bersifat kesukanan.
Imej ‘cool’ diserlahkan lagi dengan penampilan maskot Rexy dalam pelbagai aksi mencuit hati. Menggemilangkan lagi karakter playful Coach dalam setiap rekaan yang ditawarkan.
Sesuatu yang dinantikan dalam koleksi percutian kali ini adalah tampilan panorama langit New York yang ikonik pada helaian asas, seperti baju panas, baju panas berhud, kemeja Tjuga aksesori kulit termasuklah dompet dan beg. Jaket kulit blouson, puffer dan jaket parka tebal dalam warna sinonim lelaki turut dimuatkan dalam koleksi ini.
Menyentuh perihal aksesori pula, beg sandang Hitch dan beg-belt bermain dengan gagasan motif signature Coach dan Horse dan Carriage. Yang masih tidak goyah daripada inspirasi yang beteraskan identiti New York. Ia dikaitkan lagi dengan konsep imej urban dan lelaki kota yang berjiwa bebas. Rona gelap dan tanah, gaya lelaki masa kini menjadi perhitungan Coach kali ini. Koleksi musim percutian 2020 boleh didapati di seleksi butik Coach sejak 15 November 2020.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
REKAAN LOKAL, GAYA GLOBAL: JENAMA BAG TO CHECK OUT
Cari beg tempatan yang bergaya? Kenali 5 jenama bag Malaysia dengan rekaan unik dan moden yang wajib masuk dalam senarai anda.
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
MADE LOCAL: 5 JENAMA KASUT MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK LELAKI
Kenali jenama kasut pilihan lelaki, daripada gaya mewah hingga kasut sukan dan rekaan tempatan yang menyerlahkan penampilan harian.
OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF
Ingin tampil segak dan eksklusif? Kenali 5 gaya rambut lelaki berkonsepkan old money yang buat anda kelihatan kemas, bergaya dan berkelas!
5 LAGU KOLABORASI JAY PARK BERSAMA ARTIS MALAYSIA
Nama Jay Park dalam dunia hip-hop Korea Selatan semestinya besar, termasuklah di Malaysia dengan kolaborasi yang hebat.
AINA ABDUL X MELINDA LOOI: APABILA FESYEN JADI PERSEMBAHAN
Bagi Aina Abdul, naik ke pentas bukan sekadar soal suara. Penampilan harus on point, siluet kena masuk dan setiap detail perlu ada cerita. Bersama Melinda Looi, fesyen bukan sekadar outfit, ia menjadi sebahagian daripada persembahan.























