RAIKAN SANG HERO, BONIA RANCANG ITEM FESYEN DEDIKASI HARI BAPA
HARGAI KASIH DAN JASA BESAR BAPAMU. TERUTAMANYA PADA SAMBUTAN HARI BAPA YANG BAKAL TIBA. BONIA CADANGKAN ITEM FESYEN UNTUK BAPA YANG PELBAGAI CITA RASA FESYENNYA.
Hari Bapa menjelang tiba. Tinggal beberapa hari lagi, kita akan menyambut Hari Bapa sebagai tanda kasih dan penghargaan buat golongan bapa.
Ianya bukanlah hari perayaan rasmi yang disambut, tetapi hanya sekadar hari penghargaan kepada semua golongan bapa yang telah memberi segala keringat dan pengorbanan kepada ibu dan anak-anak, khususnya kepada keluarga sendiri.
20 Jun nanti merupakan detik sempurna untuk mengajak kita kembali mengingatkan jasa dan pengorbanan seorang bapa. Selain ucapan, memberi hadiah istimewa sebagai penghargaan sangat digalakkan. Jenama global, Bonia mencadangkan senarai aksesori baharu untuk golongan bapa sempena Hari Bapa atau Father’s Day. Tentunya dengan menghadiahkan item-item berikut, menjadi tanda penghargaan kepada bapamu.
THE ADVENTUROUS DAD
Gantikan beg lama bapa dengan beg sandang Bonia dari koleksi the Voyager. Rekaannya mengambil inspirasi dari dunia ketenteraan dengan menggunakan teknik pewarnaan ‘dye’. Warna oren meliputi beg menunjukkan sisi ‘playful’ serta sifat utilitarian yang memaut, menjadikannya aksesori terbaik buat si bapa yang personaliti lasak.
Dibuat daripada fabrik nilon yang bermutu dengan perincian kulit, beg sandang the Voyager dicadangkan sebagai hadiah untuk bapa yang aktif melakukan aktiviti-aktiviti luar. Cara memakainya pun mudah, sandangkannya sahaja pada bahu. Langsung tidak rumit.
BEG PRAKTIS
Beg crossbody terlihat semakin kerap digayakan oleh para bapa. Mungkin kerana saiz dan cara pemakaiannya mudah, ia mula menjadi aksesori kegemaran. Dan mengapa tidak beg crossbody Bonia dari koleksi the Voyager ini dijadikan pelengkap gaya yang baru? Paduan warna ‘brown’ dan hitam dengan sentuhan kulit, cukup nyata mengekspresikan nada maskulin. Pasti si bapa rasa gembira jika dapat memiliki beg ini.
THE BOLD DAD
Direka buat bapa yang sukakan aksesori yang bersifat bold. Motif camouflage yang merupakan taruhan utama, lantas memberi kesan artistik pada dompet. Ukuran dompet yang bertepatan dengan kemahuan si bapa, bagi membolehkan segala keperluan disimpan secara teratur dan selamat. Tambahan pula, dompet adalah solusi paling ‘selamat’ untuk dijadikan bingkisan buat bapa. They will love it.
DIGOUFLAGE MESSENGER
Bagi yang mempunyai bapa yang bekerja, eloklah beg messenger dari koleksi Digouflage ini dijadikan hadiah. Motif camouflage yang meliputi seluruh bahagian beg terbukti menjadi daya penarik utama beg tersebut. Namun jika cita rasa bapa anda lebih mengarah ke gaya klasik, material kulit halus dengan beragam warna dapat dipilih sesuai dengan keperibadian. It’s time to upgrade your father’s style.
SOMETHING SIMPLE
Untuk bapa yang gemarkan keringkasan, tidak kompleks, namun banyak fungsinya, beg waist pouch ini sewajarnya dijadikan hadiah Hari Bapa. Rekaannya menggunakan material yang bermutu dengan teknik pertukangan yang handal. Corak monogram dalam suntikan warna biru berlapis efek dot-matrix menjadi keunikan utama.
Layari www.bonia.com untuk sebarang pembelian koleksi Bonia untuk Hari Bapa.
Artikel berkaitan: SAMBUTAN HARI BAPA, LIMA AKSESORI EMPORIO ARMANI BUAT BAPA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 CARA KEKAL BERSIH UNTUK LELAKI BANYAK BULU
Ketahui enam tips dan cara mudah untuk kekal bersih dan segar walaupun anda berbulu. Penting buat lelaki dalam kategori 'hairy'.
GLAM LELAKI BERKONGSI TIPS MEMILIH SELUAR DALAM YANG BAIK UNTUK KAUM LELAKI
Memilih seluar dalam yang sesuai bukan sekadar soal gaya, tetapi juga berkait rapat dengan keselesaan, kesihatan, dan keyakinan diri lelaki.
SALEH HASNI, “GAYA PERIBADI SAYA BERGANTUNG PADA MOOD DAN MASA SAYA PADA HARI ITU.”
Saleh Hasni merupakan peminat fesyen tegar. Dia sering berkongsi outfit peribadi di media sosial, langsung memberi inspirasi buat semua.
LIMA SELEBRITI DADDY PALING ‘HOT’ DI MALAYSIA
Selamat hari bapa! Berikut adalah lima selebriti ‘daddy’ Malaysia paling ‘hot’ yang sering menjadi bualan ramai.
5 WANGIAN WOODY UNTUK HARI BAPA PILIHAN GLAM LELAKI
Variasi pilihan wangian boleh dijadikan sebagai hadiah istimewa buat hari bapa yang istimewa, seperti wangian berasaskan nota woody.
LIMA LAGU GALAU TERBAIK NAIM DANIEL YANG WAJIB DENGAR
Naim Daniel, nama yang tidak asing dalam industri muzik Malaysia, telah memikat hati peminat dengan suara merdunya dan lirik yang penuh emosi.