REXY MUNCUL DI WINDOWS OF THE FUTURE COACH
Coach melangkah lebih moden dengan melancarkan Windows Of The Future, sebagai satu inisiatif melahirkan pengalaman promosi yang lebih berdaya saing. Dengan menggabungkan idea pengalaman bespoke juga mengatur langkah dalam membina satu komuniti hub yang lebih bersifat terbuka. Sembilan lokasi butik Coach dipilih untuk kempen baharu ini. Setiap butik mempunyai rekaan yang menggabungkan idea daripada para pengkarya lokal.
Rexy dan Rogue yang disatukan dalam iklan inovasi 3D menghiasi ruang skrin LED di atas butik Coach. Dalam video itu, Rexy kelihatan sedang berada di butik Coach sambil membawa beg Rogue. Kedua-dua watak utama ini menyampaikan karakter free-spirit, rebels dan dreamers. Uniknya, jendela fesyen berinovasi tinggi ini diperbuat dengan mengambil kira tentang kelestarian alam sekitar.
Bagi menandakan momen penting ini, Coach turut merekodkan satu video siri pendek yang dibintangi oleh personaliti hiburan juga nama besar dalam media sosial. Antara yang terlibat adalah Alvin Chong, Dolla, Joseph Lee, Maggy Wang, Ming Yue, Ruhainies, Vanessa Reynauld, Vivian Liu, Yaya Zahir, dan Zhen Ning.
Melalui kempen ini juga, Coach memperkenalkan permainan digital AR. Permainan digital AR ini membawa klien ke alam digital untuk membentu Rexy menangkap sebanyak mana bag Rogue. Pemaian dengan skor yang paling tinggi berpeluang memenangi satu beg Rogue yan eksklusif. Pemainan ini boleh dimain melalui telefon sahaja bermula 4 Oktober sehingga 24 Oktober 2021 di https://rexygoesrogue.coachexperiencemy.com.
PAUTAN BERKENAAN: LESLIE PNG, CITA RASA FESYEN SEBAGAI INFLUENCER
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COACH x TOM WESSELMANN, MERAIKAN KARYA ARTIS POP TERNAMA
Coach mengundang Tom Wesselmann untuk hasilkan koleksi kapsul. Menggabungkan seni dan fesyen, deretan aksesori memikat melengkapi penampilan.
YOON CHAN-YOUNG SEBAGAI DUTA COACH KOREA
Daripada watak pelajar kolej dalam siri All Of Us Are Dead kini dilantik duta buat Coach Korea
GL APRIL: ISMAIL IZZANI, CERTIFIED LOVER BOY
Mencitrakan lambang simbolik akan perjuangan hidup sebagai anak seni, Ismail Izzani, 22, ligat mengibarkan kepak warna-warninya dalam mendakap mesra kebebasan serta kasih sayang.
TAHUN HARIMAU MENJANJIKAN KOLEKSI MENGANCAM
Tambah koleksi eksklusif dengan cetakan belang harimau sempena Tahun Baru Cina!
GIVE A LITTLE LOVE, INSTALASI UNIK COACH DI KL
Give A Little Love sebuah instalasi meraikan perayaan akhir tahun!
MICHAEL B. JORDAN DAN BLUE THE GREAT LANCAR KOLEKSI BUAT COACH
Koleksi kedua Michael B. Jordan buat Coach bercirikan seni kontemporari dan ritma streetwear.