ROBBIE WILLIAMS X MARC O’POLO
Agak lama kita tidak mendengar khabar terbaru penyanyi lagenda yang pernah suatu ketika dahulu popular dengan lagu Better Man, Robbie Williams bukan? Dan baru-baru ini, Robbie Williams mengumumkan perkhabaran kolabrasinya bersama salah satu jenama pakaian antarabangsa popular, Marc O’Polo. Ternyata kerjasama ini agak mengejutkan peminatnya setelah sekian lama menyepi.

Yang menariknya, untuk kempen eksklusif ini, Robbie berpasangan dengan isterinya sendiri, Ayda dalam mereka beberapa rekaan kemeja peluh yang diilhamkan trend era 90 an. Antara yang menarik perhatian adalah kemeja peluh berwarna merah jambu. Jelas Robbie, ” Hanya lelaki sejati memakai baju berwarna merah jambu!”.


Mendapat sentuhan jurugambar Peter Lindbergh, penyanyi British ini mengakui amat teruja dapat bekerjasama dengan Marc O’Polo apatah lagi ditemani isteri tersayang. Jelasya lagi, “Saya sememangnya memilih fesyen yang mengutamakan keselesaan berbanding trend semasa. Malah saya sendiri suka menghabiskan masa di rumah saha, jadi koleksi ini yang menampilkan kemeja peluh dengan hoodie, serta boxers adalah amat sesuai dengan saya..”

Oleh Wan Mohd Firdaus, 11 Julai 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
HUDSON WILLIAMS X BVLGARI, WAJAH BAHARU, STATUS BERBEZA
Hudson Williams bergandingan dengan Bvlgari, membawa gaya lelaki moden, sentuhan mewah dan pengaruh baharu dalam dunia fesyen antarabangsa.
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.
FACE CARD NEVER DECLINES, MODEL LELAKI YANG SENTIASA ON POINT
Kenali 5 model lelaki yang sentiasa mencuri perhatian menerusi wajah menawan, gaya tersendiri dan karisma yang menyerlah dalam dunia fesyen.
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.










