ROMAN EMPIRE, LAGU BANG CHAN BUAT FENDI
Bang Chan, duta jenama FENDI berjaya menggabungkan muzik dan fesyen dalam single terbarunya, Roman Empire, kolaborasi bersama jenama itu.
Gabungan fesyen dan muzik semestinya menjadikan Bang Chan sebagai individu yang sempurna untuk menggambarkan kedua-dua aspek penting itu. Sebagai duta jenama FENDI dan pencipta lagu buat kumpulannya sendiri, Bang Chan semestinya mempunyai bakat yang besar buat FENDI. FENDI mempersembahkan sebuah projek muzik istimewa hasil kolaborasi bersama Bang Chan menerusi pelancaran single terbaharu bertajuk ‘Roman Empire’. Muzik video bagi lagu ini dirakam di Palazzo della Civiltà Italiana, ibu pejabat FENDI di Rom. Lokasi ini menjadi simbol keagungan dan warisan Itali yang menjadi inspirasi kepada jenama mewah ini. Lagu tersebut ditulis, digubah dan diterbitkan sendiri oleh Bang Chan, menggambarkan keunggulan kreativiti serta semangat inovasi yang dikongsi bersama FENDI.

Sedikit TMI dari hari penggambaran muzik video, Bang Chan dikatakan meminta peminat yang berada di lokasi untuk merahsiakan aktivitinya pada hari itu. STAYs yang cukup setia dan mendengar kata semestinya pandai simpan rahsia!
Roman Empire Menyatukan Fesyen Dengan Muzik
‘Roman Empire’ merupakan simbol kesatuan antara dua dunia. Fesyen dan muzik. Ia mengangkat nilai ketukangan dan ekspresi moden. Lagu ini memberi penghormatan kepada ikon abadi FENDI seperti beg Peekaboo dan logo “F”. Ia diolah semula dalam bahasa muzik kontemporari. Dalam muzik videonya, Bang Chan mempamerkan gaya dari koleksi Pre-Collection Spring/Summer 2026. Muzik video ini memperlihatkan perjalanan seninya dari permulaan yang sederhana hingga menjadi ikon global, diiringi latar seni bina megah Palazzo della Civiltà Italiana.
“Lagu ini adalah tentang FENDI,” ujar Bang Chan. “Ia membandingkan cinta dengan keabadian dan kemegahan Empayar Rom, menggunakan simbol-simbol Maison seperti beg Peekaboo dan logo ‘F’ untuk mentafsir semula warisan Rom dalam gaya moden.” Menurutnya, lagu ini menggabungkan vokal lembut beremosi dengan sintetik dreamy dan rentak R&B/Miami Bass, menghasilkan bunyi yang moden dan berjiwa romantik.

Kolaborasi ini telah dilancarkan dengan teaser pada 31 Oktober, diikuti pelancaran rasmi pada 3 November 2025. Ia turut disertai dengan tayangan perdana khas di K-pop Square, COEX. Ia dipaparkan sembilan kali antara jam 6.00 hingga 8.00 malam. Sementara itu, FENDI turut mengadakan acara eksklusif di Palazzo FENDI Seoul Boutique pada 4 November. Acara ini menampilkan persembahan langsung Bang Chan dalam suasana intim yang menggabungkan dunia muzik dan fesyen.
Dengan ‘Roman Empire’, FENDI meneruskan legasi kolaborasi berimpak besar bersama dunia muzik, meneruskan jejak kejayaan projek seperti ‘FENDIMAN’ bersama Jackson Wang (2018) dan FENDI x Song Yuqi (2025). Kolaborasi bersama Bang Chan ini bukan sekadar merapatkan dua dunia seni, tetapi juga mengukuhkan kedudukan FENDI sebagai jenama yang terus memimpin arus budaya dan gaya global.
Pautan berkaitan: 10 KOSTUM HALLOWEEN IKONIK SELEBRITI LELAKI SEMPENA HARI HALLOWEEN!
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DOMINASI G-DRAGON DAN STRAY KIDS, SENARAI PEMENANG MAMA AWARDS 2025
MAMA Awards 2025 kali ini dihiasi dengan barisan kemenangan dan persembahan yang luar biasa dari artis-artis yang mengujakan.
HAUS NOWHERE BANGKOK BAKAL DIBUKA DI ICON SIAM, BUTIK TAMBURINS PERTAMA DI ASIA TENGGARA
HAUS NOWHERE BANGKOK bakal membuat debut meganya di Icon Siam pada 10 Disember 2025 dengan kehadiran Felix dari Stray Kids.
GL PLAYLIST: 10 LAGU STRAY KIDS WAJIB DIDENGARI SEMPENA COMEBACK ‘DO IT’
Stray Kids kembali dengan lagu hentakan terbaharu mereka melalui SKZ IT TAPE ‘DO IT’, sekaligus menghidupkan semula hype global STAY.
6 IDOL LELAKI KOREA YANG KERAP BERSENAM SEBAGAI INSPIRASI
Idol lelaki Korea ini menjadi inspirasi buat lelaki moden yang percaya kekuatan sebenar datang daripada disiplin dan konsistensi bersenam.
BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26
Barisan selebriti lelaki Asia yang menghiasi Paris Fashion Week SS26 membawa identiti jenama masing-masing dengan penuh gaya tersendiri.
DOMINASI SELEBRITI LELAKI ASIA DI MILAN FASHION WEEK SS26
Milan Fashion Week SS26 baru sahaja melabuhkan tirai dengan koleksi menawan serta kehadiran selebriti-selebriti lelaki Asia yang menawan.











