Skip to content

SENTUHAN SENI RICHARD BERNSTEIN MEWARNAI COACH SS2020

Kongsikan artikel ini

Kredit gambar: BFA/Coach

 

Pabila dua energi kreatif bergabung, sinergi yang tercipta pasti menerbitkan sesuatu yang istimewa.

Dari musim ke musim, koleksi ke koleksi, formula ini telah banyak mendefinisikan rekaan busana dan aksesori dari jenama fesyen Amerika, Coach. Di mana pengarah kreatif eksekutifnya, Stuart Vevers, sering berkongsi inspirasi dengan bakat-bakat dunia seni halus melalui beberapa kolaborasi bersama artis-artis terkemuka. Yang sebelum ini melibatkan artis grafik Guang Yu juga pelukis dan artis multimedia Zhu Jingyi dari China, Alex Face dari Thailand, juga ikon seni Amerika, Keith Haring, sekadar menyebut.

Kredit: BFA/Coach

Untuk musim bunga/panas tahun ini, Coach berganding bahu dengan pewaris estet artis Richard Bernstein pula, untuk menyemarakkan lagi energi bold kota New York di dalam rekaan-rekaan Stuart Vevers.

Richard Bernstein merupakan antara tenaga utama gerakan Pop Art di New York sekitar era 70 dan 80-an. Di antara sumbangannya yang paling signifikan, selama hampir 20 tahun Bernstein telah berkhidmat sebagai pelukis utama sampul depan untuk majalah Interview, yakni majalah milik rakan artisnya, Andy Warhol. Garapan portret yang bertenaga dan penuh glamor membentuk signatur seni Bernstein, dan seleksi karyanya kini mendapat tempat di dinding galeri-galeri berprestij seluruh dunia.

1 of 7

1 of 7

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HEADPHONE SEBAGAI ITEM FESYEN BERGAYA TERKINI

HEADPHONE SEBAGAI ITEM FESYEN BERGAYA TERKINI

Bacaan Lanjut
8 GAYA FASHION WEEK GLENN YONG PILIHAN GLAM LELAKI

8 GAYA FASHION WEEK GLENN YONG PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI

6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI

Bacaan Lanjut
MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI

MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI

Bacaan Lanjut
MET GALA: GAYA IKONIK SELEBRITI LELAKI SEPANJANG ZAMAN

MET GALA: GAYA IKONIK SELEBRITI LELAKI SEPANJANG ZAMAN

Bacaan Lanjut
ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI

ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI

Bacaan Lanjut