PELANTUN ‘JANUARI’, GLENN FREDLY MENINGGAL DUNIA
“Kasihku, sampai di sini kisah kita….usah tangisi keadaannya.” Ya, itulah bibit-bibit lagu Januari nyanyian penyanyi terkenal Indonesia, Glenn Fredly yang pernah popular suatu ketika dahulu. Dan semuanya kini tinggal kenangan apabila semalam media Indonesia melaporkan Glenn meninggal dunia sekitar pukul 6 petang.
Menurut sumber Antara News, penyanyi yang berusia 44 tahun itu dikhabarkan meninggal dunia akibat penyakit meningitis atau radang otak selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di rumah sakit Setia Mitra, Jakarta Selatan. Berita sedih itu dimaklumkan rakan seperjuangan Glenn, Tompi. “Telah berpulang saudara kami, Glenn Fredly, malam ini. Mohon dimaafkan semua salahnya. Dia yang selalu hadir menggerakkan kita semua.”
Glenn meninggalkan isteri, Mutia Ayu dan seorang anak perempuan, Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo yang dilahirkan pada Februari lalu.
Glenn atau nama sebenarnya Glenn Fredly Deviano Latuihamallo yang dilahirkan di Jakarta pada 30 September 1975 mencipta nama di Malaysia menerusi lagu Januari, Adu Rayu, Sekali Ini Saja dan Akhir Cerita.
Salam takziah. RIP Glenn! (Sumber: Berita Harian, Mstar)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
IKON FESYEN TAMPIL UNTUK VERSACE SS23
Versace SS23 memberikan sebuah gerakan mantap dengan penampilan supermodel era ‘90-an dan model generasi baru sebagai bentuk penghargaan.
SKY ISKANDAR, MODEL & USAHAWAN ERA BAHARU. “I’M A DREAMER, I DREAM BIG AND I DON’T SETTLE”
Kenali Sky Iskandar, bergelar model, usahawan dan mula menceburi bidang lakonan. Bercerita tentang fesyen dan gaya peribadinya.
5 SEBAB KOLEKSI MUSIM BUNGA 2023 UNIQLO U ADALAH KOLEKSI ASAS TERBAIK.
Koleksi UNIQLO U yang terbaru mengilhami tema ‘A Sense of Ease’, mewujudkan tampilan sederhana yang moden.
CAI XUKUN, BINTANG ASIA SAMBUT TAHUN BARU LUNAR BERSAMA PRADA
Bintang terkemuka Asia terpilih menghiasi kempen Prada dedikasi Tahun Baru Lunar 2023.
KEMBARA STYLISH DENGAN “LOGO MOSCHINO”
Menyambut musim liburan, Moschino hadirkan koleksi kapsul penuh gaya “LOGO MOSCHINO”. Semak lima gaya pilihan GLAM Lelaki.
5 BEG LELAKI MESTI MILIKI SEBELUM TIBA TAHUN BARU
Kita bakal mengucapkan selamat tinggal 2022. Semak lima cadangan beg baru untuk penampilan akhir tahun.