Skip to content

SIAPA KE MINGGU FESYEN F/W 2021? DARI MALUMA, BRIGHT KE DANE DEHAAN…

Kongsikan artikel ini

YOU ARE ALL NOW INVITED TO THE SHOW! KERANA KEMELUT PANDEMIK, MINGGU FESYEN MASIH BERLANGSUNG SECARA VIRTUAL. A FRONT ROW SEAT FROM HOME. MINGGU FESYEN MILAN TELAH BERSURAI, PARIS PULA MENGAMBIL ALIH. SIAPAKAH SETAKAT INI YANG MENERIMA UNDANGAN SECARA EKSKLUSIF DIHANTAR KE RUMAH? EXCLUSIVE TO THEIR HOMES. 

  1. MALUMA (LOUIS VUITTON)

Maluma merupakan tetamu tetap acara Louis Vuitton. Sejak jenama itu dipimpin Virgil Abloh, Maluma yang juga kenalan kupada Maluma, diperhatikan wajah utama yang duduk di kerusi baris hadapan. Untuk pementasan musim luruh/sejuk 2021, Maluma mendapat jemputan eksklusif untuk menonton ‘live streaming’ Louis Vuitton dari lokasi yang tidak dikenal pasti. Di suatu destinasi percutian yang bersalji. Maluma ada berkongsi look Louis Vuitton yang dipakainya sewaktu menonton acara Louis Vuitton.

maluma

 

2.DANE DEHAAN (PRADA)

Dane Dehaan pernah menghiasi kempen fesyen Prada untuk beberapa musim lepas. Dan tak hairan lagi, Prada menghantar jemputan eksklusif ke rumah Dane Dehaan. Dane Dehaan menyarung Prada sewaktu menonton acara Prada yang diadakan secara virtual.

Dane Dehaan

 

3. NICK ROBINSON (PRADA)

Bekas duta kempen Prada, Nick Robinson turut meluangkan masa untuk menyertai acara fesyen Prada. Memberi sokongan buat jenama yang dianggap antara label kegemarannya. Prada sudah menganggap Nick Robinson sebagai friends of the brand.

Nick Robinson

 

4. KUN (PRADA)

Kun merupakan tetamu tetap Prada. Sudah bermusim-musim, Kun memenuhi jemputan Prada untuk menyaksikan pementasannya sewaktu Minggu Fesyen Milan. Namun, agak berbeza untuk musim ini, Kun hanya dapat mendekati koleksi Prada (usaha sama Miuccia Prada dan Raf Simons) secara virtual. Kun memakai rekaan Prada, walaupun hanya duduk di rumah sewaktu berlangsungnya acara Prada musim luruh/sejuk 2021.

kun

 

5. RYO RYUSEI (PRADA)

Pelakon Jepun, Ryo Ryusei pernah berkali-kali menghadiri acara fesyen Prada. Tidak melepaskan peluang untuk bertemu Miuccia Prada secara peribadi-ada bergambar bersama. Jalinan Ryo Ryusei bersama Prada terjalin erat beberapa musim. Untuk musim luruh 2021, Ryo Ryusei menerima jemputan eksklusif Prada untuk bersama-sama ‘witnessing’ koleksi yang paling dinanti-nantikan yakni bersama Raf Simons buat julung kalinya.

Roy

 

6. PEDRO PASCAL (FENDI)

Selain bijak berfesyen, Pedro Pascal merupakan pelakon yang ada bakat. Bukan popular semata-mata. Dan baru-baru ini sahaja, Pedro Pascal diangkat sebagai ikon fesyen baharu. Pedra turut mendapat jemputan eksklusif untuk menonton acara FENDI secara virtual. Biarpun di rumah, Pedro Pascal tetap ‘stylish’ dalam rekaan FENDI.

Pedro

 

7. NICHOLAS HAULT (FENDI)

Nicholas Hault adalah pelakon yang punya karakter fesyen tersendiri. Semakin menginjak dewasa, Nicholas Hault matang dalam pemilihan stail. His style are getting refined. Di FENDI, Nicholas Hault antara aktor yang diberi undangan eksklusif oleh FENDI.

 

8. BRIGHT VACHIRAWIT (PRADA & LOUIS VUITTON)

Aktor baharu, Bright Vachirawit mewakili wajah Asia yang menerima jemputan eksklusif dari dua jenama penting fesyen iaitu Prada dan Louis Vuitton. Bright ada berkongsi OOTD dalam lengkap sepersalinan Prada musim bunga 2021.

bright

 

Artikel berkaitan: AME 2020, SIAPA SELEBRITI LELAKI PALING STYLISH

 

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Louis Vuitton Men

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN LOUIS VUITTON MEN FALL WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
zegna winter 2024

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN ZEGNA WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI MOST STYLISH 2023

Bacaan Lanjut
10 MOMEN FESYEN KARPET MERAH TERBAIK SEPANJANG 2023

10 MOMEN FESYEN KARPET MERAH TERBAIK SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut