Skip to content

SINERGI BARU BUTIK MCM

Kongsikan artikel ini

Mula beroperasi awal November, butik MCM  berwajah baru tersedia untuk kunjungan di Pavilion Kuala Lumpur, berkeluasan 1,872 meter per segi. Konsep butik MCM yang baru ini terbahagi kepada dua tema ini, yakni identiti MCM dan penginovasian budaya masa kini, selaras dengan sasaran MCM yang terarah golongan muda. Sistem pencahayaan telah dipertingkatkan, manakala ruang butik hadir lebih luas untuk menempatkan koleksi pakaian RTW lelaki dan perempuan.

 

 

Ia memudahkan pengunjung untuk membelek pakaian dan mencubanya sebelum membeli kerana bilik salin pakaian turut melengkapi butik baru MCM kali ini. Selesa dan luas, jaminan buat kepuasan pengunjung. Aksesori lelaki bermula dari beg sandang, beg galas, fanny pack, bagasi kembara sehinggalah ke aksesori kecil kulit kekal menjadi tarikan jejaka urban ke butik MCM.

 

 

Rak-rak kukuh yang memenuhi sudut butik menyimbolkan jati diri Jerman, asala-usul jenama ini, yang mana mengekspresikan individualiti, serta ‘global journey’ yang menjadi pegangan MCM sejak dahulu lagi. Paparan skrin LED besar yang memaparkan kempen fesyen MCM merencanakan wawasan baru fesyen, menjadi salah satu jenama fesyen yang akur kepada mengasimilasikan kemajuan teknologi. Menjadikan dunia fesyen lebih bercorakkan kekinian dan kemodenan. Masa yang sempurna untuk penggemar fesyen mendapatkan rekaan MCM yang terkini untuk memenuhi gerobok fesyen anda.

 

Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut

DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut