STREETWEAR MEET BIKER, GAYA IKONIK LEBRON JAMES KINI JADI IKUTAN
Siapa yang tidak mengenali bintang profesional NBA dari kelab Cavaliers, Cleveland LeBron James yang kini memasuki musim terbaiknya tahun ini. Namun, sejak kebelakangan ini bukan prestasinya mengundang perhatian awam, namun penampilan dirinya di khalayak ramai menjadi bualan. Yang pasti, atlet yang lahir pada bulan ini setidak-tidaknya telah menggayakan sesuatu yang ‘tidak biasa’.

(Photo credit: lifestyle.kompas.com)
LeBron didapati memadankan pakaian serba hitam, dengan sneakers yang berganti-ganti warna dalam tempoh seminggu. Lebih menariknya, LeBron memilih gaya streewear dengan hoodie hitam, topi serta seluar panjang hitam, dan seterusnya dikenakan dengan gaya biker iaitu jaket kulit, lantas menjadikan gaya streetwear meet biker LeBron menjadi ikutan dan seterusnya menjadi trend fesyen buat penghujung tahun ini, apatah lagi ia disarung oleh seorang yang bertaraf superstar.

Tambahan pula, stail peribadinya itu diungkap sendiri oleh tuan punya badan melalui posting di Instagramnya yang bertarikh 22 November, dengan kepsyen, “Seen in my own zone for as long as u can remember and I’m here to stay for quite awhile. Hopefully you enjoy it cause I am”.
Malah LeBron dilihat mengenakan gaya streetwear-meet-biker ini saat tiba di stadium menjelang pertandingan. Yang pasti, apa yang dipakai LeBron ini membuktikan bahawa kombinasi berpakaian haruslah kena dengan keadaan asalkan ianya selesa. Dan siapa menyangka, hoodie, sneakers Nike, topi, dan jaket kulit menjadi satu kombinasi yang menjadi. Ya, setidaknya bagi LeBron James.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 14 Disember 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.











