SUNGLASSES TREND 2026: FRAME MANA PALING HOT?
Dari runway luxury hingga teknologi wearable, ini tiga arah besar yang mendefinisikan gaya sunglasses lelaki moden pada tahun 2026.
Sunglasses pada tahun 2026 bukan lagi sekadar pelengkap outfit, tetapi telah menjadi salah satu aksesori utama dalam gaya harian. Ia mencerminkan identiti, status, dan dalam banyak kes, juga menunjukkan bagaimana seseorang membaca trend fesyen semasa. Sama ada melalui luxury fashion, streetwear futurism, atau klasik yang dihidupkan semula.
Tiga jenama sunglasses ini mendominasi perbualan: Koleksi Prada Gentle Monster, kolaborasi Meta Glasses bersama Kendall Jenner, dan kebangkitan semula ikonik Ray-Ban bersama Jennie.
1. Prada Gentle Monster – Kentaro Sakaguchi
Koleksi Prada Gentle Monster terus menjadi antara release paling dibincangkan dalam dunia eyewear 2026. Apa yang menjadikan koleksi ini menarik bukan sekadar nama besar di belakangnya, tetapi pendekatan reka bentuk yang menggabungkan dua DNA berbeza:
- Gentle Monster membawa estetika futuristik, experimental dan sedikit avant-garde
- Prada pula mengekalkan elemen luxury minimalism yang sleek dan refined
Hasilnya ialah frame yang berstruktur tegas, siluet yang berani, dan vibe “fashion-forward” yang sangat kuat. Dalam kempen visualnya, kehadiran Kentaro Sakaguchi menambah dimensi yang lebih lembut tetapi tetap sophisticated. Personalitinya yang clean dan bergaya menjadikan koleksi ini lebih versatile. Sesuai untuk gaya harian mahupun editorial fashion. Koleksi ini jelas menyasarkan mereka yang mahu tampil “quietly bold”. Tidak terlalu bising, tetapi cukup kuat untuk mencuri perhatian.
2. Meta Glasses – Kendall Jenner
Di sisi lain spektrum fesyen, teknologi semakin mengambil alih ruang gaya. Meta memperkenalkan generasi baharu smart sunglasses yang bukan sahaja bergaya, tetapi juga berfungsi sebagai peranti pintar.
Dikenali sebagai Meta Glasses, ia menggabungkan elemen:
- audio terbina dalam
- kamera ringan
- connectivity ke telefon pintar
Namun yang paling menarik ialah bagaimana ia diposisikan. Bukan sebagai gadget semata-mata, tetapi sebagai fashion accessory. Kempen yang menampilkan Kendall Jenner membantu mengubah persepsi ini. Dengan styling yang minimal, sleek dan effortless, ia menunjukkan bahawa teknologi boleh kelihatan sama bergaya seperti aksesori mewah. Trend ini menandakan peralihan besar dalam dunia fesyen: wearable tech bukan lagi niche, tetapi sebahagian daripada luxury lifestyle.
3. Ray-Ban x Jennie
Sementara trend futuristik berkembang, gaya klasik tetap tidak hilang relevansinya. Ray-Ban kembali mengukuhkan statusnya sebagai ikon timeless melalui kempen global yang lebih moden dan youthful. Kehadiran Jennie Kim dalam kempen ini memberi nafas baru kepada estetika Ray-Ban. Dikenali dengan gaya yang effortlessly chic, duta jenama Ray-Ban, Jennie membawa interpretasi yang lebih soft, feminin tetapi tetap strong dalam konteks fashion modern.
Frame seperti Daddy-O, Aviator Optics dan RB5449D OPTICS cukup menyerlah, seperti Jennie. Ray-Ban membuktikan bahawa dalam dunia fesyen yang cepat berubah, timeless design sentiasa akan ada tempatnya.
Namun di sebalik perbezaan ini, satu perkara kekal sama. Sunglasses kini bukan lagi sekadar aksesori, tetapi satu bentuk ekspresi diri. Sama ada anda memilih gaya experimental, teknologi futuristik, atau klasik yang refined. Frame yang anda pakai hari ini adalah sebahagian daripada naratif gaya anda sendiri.
Pautan berkaitan: STATEMENT BELT + SAGGING KINI JADI GAYA KEGEMARAN GEN Z
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.





