Skip to content

Swarovski raikan 130 tahun

SWAROVSKI RAIKAN 130 TAHUN DENGAN SENTUHAN ELEGAN

Kongsikan artikel ini

130 TAHUN SWAROVSKI: PERJALANAN PENUH KILAUAN

Swarovski meraikan 130 tahun dengan penuh gemilang melalui koleksi Barang Kemas Musim Luruh 2025. Koleksi ini hasil sentuhan Global Creative Director Giovanna Engelbert yang menggali inspirasi daripada masa lalu, kini dan masa depan. Engelbert menterjemahkannya ke dalam rekaan penuh warna, bentuk baharu, dan semangat “joyful extravagance”. Ia meraikan ekspresi diri dengan siluet berani, perincian halus, dan kepakaran savoir-faire Austria yang menjadi nadi jenama ini.

REKAAN DENGAN SENTUHAN BERBEZA

Setiap rekaan tampil dengan keunikan tersendiri. Millenia hadir dengan warna baharu karamel yang dipadankan lilac, memberi nafas segar pada siluet Rivière ikonik. Matrix pula menonjol dengan ilham heliks, menampilkan gelang tennis dan choker dramatik, sesuai untuk gaya parti hujung tahun. Sublima meraikan keindahan organik dengan rekaan menyerupai kristal ais, sementara Gema tampil berani dengan gabungan warna dan potongan kristal pelbagai bentuk, diinspirasikan karya Gustav Klimt. Constella memberi sentuhan kosmik dengan kluster bintang yang memancarkan kilauan malam, manakala Vienna Collection membawa simbol angsa sebagai penghormatan warisan 130 tahun Swarovski.

DEFINISI BAHARU KEMEWAHAN

Koleksi Musim Luruh 2025 ini bukan sekadar perhiasan, tetapi pernyataan gaya. Dari kilauan glamor pesta hujung tahun hingga ekspresi moden yang penuh keyakinan, setiap helaian Swarovski mencerminkan tradisi yang terus berevolusi. Ia adalah definisi baharu kemewahan: berani, versatil, dan abadi.  Persis 130 tahun perjalanan Swarovski yang sentiasa mendahului masa.

Artikel Berkaitan: BLOK PIKSEL KE DUNIA BERLIAN: MINECRAFT X SWAROVSKI

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER

Bacaan Lanjut

ANYAMAN TRADISI DAN KEMODENAN DALAM BOHO MENGKUANG NAZIFI NASRI

Bacaan Lanjut
LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI

LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI

Bacaan Lanjut
ZEVE SAMBUT ULANG TAHUN KE-11 MENERUSI THE STYLE MANIFESTO, KOLEKSI FALL/WINTER 2026

ZEVE SAMBUT ULANG TAHUN KE-11 MENERUSI THE STYLE MANIFESTO, KOLEKSI FALL/WINTER 2026

Bacaan Lanjut
SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!

SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!

Bacaan Lanjut
DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN

DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN

Bacaan Lanjut