TEKNIK PEMAKAIAN DOMPET TIDAK SEMUA LELAKI TAHU
Dompet lelaki dikira salah satu aksesori wajib buat sang lelaki. Al maklumlah, lelaki tidak menggunakan beg tangan seperti wanita yang dilihat mampu untuk menyimpan pelbagai barangan peribadi.
Buat lelaki, dompet lebih memudahkan dan selesa untuk dibawa ke mana-mana. Ada lelaki lebih gemar dompet yang mempunyai zip, tempat simpan duit syiling ataupun money clips. Tidak kira yang mana anda lebih senang, pastikan dompet sentiasa dalam keadaan elok.
Malulah jika dompet sudah koyak rabak di hadapan wanita kan? Mana tahu letak muka jika mereka nampak ada lubang dalam dompet!
ELAK SIMPAN TERLALU BANYAK BARANG DALAM DOMPET LELAKI
Apa apa pun, anda harus ingat peraturan paling penting ini iaitu pemakaian dompet perlulah bersederhana.
Ini kerana meletakkan terlampau banyak kad dan duit di dalam dompet hanya akan memberikan kesan kepada penampilan anda seperti:
- Dompet yang tebal akan menghasilkan bonjolan di poket seluar sekaligus mencacatkan gaya anda. Malah anda akan kelihatan senget dan bahu sedikit membongkok sewaktu berjalan. Not cool man!
- Menggunakan dompet yang tebal menghasilkan lipatan mengikut bentuk dompet dalam apa sahaja poket seluar yang anda gunakan dan akan menyebabkan pakaian anda cepat rosak.
- Jika isi dompet benar-benar berlebihan, anda dilihat sangat cemerkap dan buruk. Yang pasti, risiko kad, resit atau syiling yang disimpan akan berterabur saat ia dikeluarkan. Malunya!

TEKNIK PEMAKAIAN DOMPET WAJAR DIIKUTI
1. Hanya bawa kad yang penting, seperti kad pengenalan dan lesen memandu, kad kredit dan kad keselamatan. Tinggalkan semua kad yang tidak penting seperti kad keahlian kelab atau kad diskaun (baik disimpan di dalam kereta)
2. Elakkan menyimpan terlampau banyak syiling di dalam dompet. Ini kerana bentuk duit syiling boleh merosakkan tesktur kain dompet anda, tambahan pula kesukaran untuk mengambilnya apabila ia terselit di celahan dompet anda tersebut.
3. Elakkan untuk tidak terus duduk jika dompet diletakkan di poket seluar bahagian pinggul anda. Ini hanya akan merosakkan bukan saja dompet tetapi item-item peribadi anda yang lain.

4. Kunci di dalam dompet?? A big NO! NO!
5. Pastikan anda menyusun semula item-item peribadi di dalam dompet sebulan sekali agar berlakunya pengaliran udara di ruang dompet anda. Item yang disimpan terlalu lama tanpa dikeluarkan hanya akan menyebabkan ia rosak termasuk fabrik dompet tersebut.
CARA JAGA DOMPET KULIT YANG BETUL
Sekiranya anda suka gunakan dompet lelaki jenis kulit, anda perlu ingat beberapa langkah untuk menjaganya agar tidak cepat rosak. Ikut sahaja langkah-langkah mudah ini:
1. Bersih seperti biasa
Mulakan rutin penjagaan dompet anda dengan kerap dengan membersihkan permukaan sekiranya ada kotoran. Gunakan kain lembut dan lembap untuk mengelap habuk, kotoran dan kesan permukaan.
Untuk kotoran degil, gunakan pembersih kulit yang direka khusus untuk pembersihan, dan pastikan anda mengikut arahan produk dengan berhati-hati.
Elakkan menggunakan bahan kimia yang keras atau air yang berlebihan, kerana ini boleh merosakkan kulit.
2. Guna conditioner
Dompet kulit, seperti kulit manusia, juga boleh kering dari masa ke masa, menyebabkan timbul rekahan dan penampilan kusam.
Untuk mengelakkan ini, gunakan conditioner khas untuk dompet lelaki setiap beberapa bulan. Sapukan sedikit pada kain lembut dan gosok perlahan-lahan ke permukaan dompet, fokus pada kawasan yang cenderung kering, seperti tepi-tepi dompet.
Langkah ini bukan sahaja mengekalkan keanjalan dompet kulit tetapi juga meningkatkan kilauan semula jadinya.
3. Lindung material kulit

Foto: Freepik
Pencegahan adalah kunci untuk mengekalkan kualiti dompet kulit anda. Lindunginya daripada kelembapan, suhu melampau dan cahaya matahari langsung, kerana unsur-unsur ini boleh menyebabkan dompet kulit menjadi rosak.
Apabila tidak digunakan, simpan dompet anda di tempat yang sejuk dan kering di dalam beg habuk pelindung atau ruang dompet khusus di dalam beg anda.
4. Kendalikan dompet lelaki dengan tangan bersih
Pastikan tangan anda bersih dan kering semasa mengendalikan dompet kulit anda. Minyak, kotoran dan lembapan dari tangan anda boleh berpindah ke kulit, yang berpotensi menyebabkan kesan atau perubahan warna dari semasa ke semasa.
5. Baiki segera jika ada calar
Jika anda melihat sebarang calar kecil pada dompet kulit anda, atasinya dengan segera. Gunakan kit pembaikan kulit untuk menyelesaikan isu tersebut. Mengabaikan ketidaksempurnaan kecil ini boleh membawa kepada masalah yang lebih ketara nanti. Jika dibiarkan lama kelamaan, dompet yang elok akan nampak lusuh buruk.
Teks Wan Mohd Firdaus
Pautan berkaitan: ETIKA PEMAKAIAN CINCIN BUAT SEORANG LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.
PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?
Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.











