Skip to content

TEMUBUAL EKSKLUSIF GLAM LELAKI BERSAMA PEMILIK CROSSOVER CONCEPT STORE, JEM

TEMUBUAL EKSKLUSIF GLAM LELAKI BERSAMA PEMILIK CROSSOVER CONCEPT STORE, JEM

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki berpeluang untuk menemubual pemilik dan pengarah kreatif Crossover Concept Store, Jem tentang kejayaan jenama itu. 

Dari sebuah kedai kecil di Johor Bahru ke jenama streetwear ikonik yang disegani di Malaysia dan luar negara. Perjalanan Crossover bukan sekadar tentang fesyen, tetapi tentang membina komuniti dan merayakan budaya. Tahun ini menandakan dua dekad perjalanan Crossover, sebuah jenama yang kekal setia pada falsafah “Be Reasonable, Demand the Impossible.” Dalam temu bual eksklusif GLAM Lelaki bersama pengasas dan pemilik Crossover, Jem, berkongsi tentang permulaan yang penuh semangat, kolaborasi istimewa bersama adidas, serta hala tuju baharu selepas 20 tahun mencipta legasi dalam dunia streetwear tempatan.

#1 Tahun ini menandakan ulang tahun ke-20 Crossover. Apabila anda mengenang kembali permulaan di Johor Bahru, apakah nilai utama yang kekal konsisten sepanjang perjalanan jenama ini?

⁠Sejujurnya, ketika kami mula-mula bermula, kami tidak sangka akan sampai sejauh ini. Tapi apa yang kami ada pada waktu itu ialah semangat, rasa ingin tahu, dan sedikit tuah.

⁠Sejujurnya, ketika kami bermula, kami tidak sangka akan sampai sejauh ini. Pada waktu itu, kami hanya sekumpulan individu yang mempunyai minat mendalam terhadap budaya jalanan dan keinginan untuk membawa sesuatu yang berbeza ke dalam landskap fesyen tempatan. Namun, satu perkara yang tidak pernah berubah ialah nilai kami terhadap semangat, rasa ingin tahun dan sedikit tuah.

#2 Crossover bermula sebagai sebuah kedai streetwear niche dan kini menjadi antara nama paling disegani dalam dunia fesyen tempatan. Pada pandangan anda, apakah titik perubahan yang membentuk Crossover menjadi seperti hari ini?

Ya, kami bermula dengan niche. Bersama jenama yang saya sendiri minati dan rasa terinspirasi. Tetapi apabila kami berkembang, kami mahu jadi lebih daripada sekadar peruncit. Melalui Crossover, kami menghubungkan orang ramai, menyatukan budaya global dengan perspektif tempatan, serta memilih label yang selari dengan nilai dan identiti Crossover.

jem crossover

#3 Ulang tahun ke-20 adalah satu pencapaian besar. Bagaimana anda meraikan detik ini, dan apakah mesej yang ingin disampaikan kepada komuniti setia yang telah bersama Crossover sejak awal lagi?

Ulang tahun ke-20 ini sememangnya satu pencapaian besar buat kami. LKami ingin raikannya dengan pelbagai projek dan kolaborasi menarik bersama label yang bukan sahaja memberi inspirasi kepada kami, tetapi juga berkongsi nilai yang sama dengan Crossover. Kepada komuniti kami, kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kasih sayang yang tidak pernah putus. Mereka inilah aset paling berharga kami, dan kejayaan ini juga milik mereka.

#4 Crossover baru-baru ini berkolaborasi dengan adidas Malaysia. Boleh kongsikan bagaimana kerjasama ini tercetus dan bagaimana proses kreatif di sebalik projek ini berlangsung?

Kolaborasi ini terhasil daripada kepercayaan dan keyakinan antara kedua-dua pihak. Kami rasa adidas benar-benar memahami apa yang Crossover perjuangkan, dan ianya satu penghormatan untuk menjadikan projek ini satu kenyataan. Hubungan dan persefahaman antara kedua label ini amat penting dalam membina keserasian serta menghormati identiti masing-masing. Proses kreatif di sebalik projek ini sangat terbuka. adidas memberi kami kebebasan penuh untuk berkarya. Kami juga berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan Mark dari SBTG. Dia seorang rakan rapat, dan bekerja dengannya sentiasa terasa organik dan lancar kerana dia sudah faham apa yang Crossover wakili.

jem crossover

#5 Dunia streetwear telah berubah dengan begitu pesat dalam dua dekad yang lalu. Bagaimana Crossover menyesuaikan diri dengan perubahan ini sambil mengekalkan identiti asal dan falsafah “Be Reasonable, Demand the Impossible”?

Sejak awal lagi, kami sentiasa berpegang pada prinsip kami. Ya, streetwear telah berkembang dengan sangat pesat sepanjang dua dekad. Ada pasang surutnya tetapi, apabila anda kekal pada asas yang kukuh, tiada apa yang benar-benar mampu menggugat anda. Tren datang dan pergi, tapi budaya tetap bertahan. Melalui “Be Reasonable, Demand the Impossible,” kami sentiasa menolak sempadan dalam cara kami menguruskan kurasi, kolaborasi dan penciptaan, sambil kekal berpijak pada akar asal kami.

jem crossover

#6 Melihat ke hadapan, apakah yang anda bayangkan untuk bab seterusnya dalam perjalanan Crossover? Adakah arah baharu, kolaborasi, atau idea yang ingin diteroka selepas ulang tahun ke-20 ini?

Apabila kami bermula, kami tidak pernah bayangkan akan sampai ke ulang tahun ke-20. Kami hanya kekal dengan haluan kami dan menikmati perjalanan ini. Tiada pelan atau panduan yang ditetapkan ketika itu dan 20 tahun kemudian, begitulah cara kami akan teruskan. Tiada arah tetap ke hadapan, tetapi satu perkara pasti: kami digerakkan oleh semangat dan rasa ingin tahu. Kita lihat ke mana ia akan membawa kami selepas ini.

Pautan berkaitan: 5 STAIL OOTD PIPI RAZI YANG MENARIK PILIHAN GLAM LELAKI

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL GANG X ADIDAS: KOLABORASI PENGGAYAAN PENUH STAIL

GL GANG X ADIDAS: KOLABORASI PENGGAYAAN PENUH STAIL

Bacaan Lanjut

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI SNEAKER IKONIK, ADIDAS SUPERSTAR

Bacaan Lanjut

5 FAKTA MENGENAI KASUT ADIDAS SAMBA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU

Bacaan Lanjut
Adidas Malaysia

ADIDAS MALAYSIA MENGUASAKAN KOMUNITI KREATIF LOKAL DENGAN ‘HOME OF CLASSICS’

Bacaan Lanjut
Adidas Malaysia

APAKAH KELEBIHAN ADICLUB BUAT PEMINAT ADIDAS DI MALAYSIA?

Bacaan Lanjut