Skip to content

THE NIKE APP, DILANCARKAN DAN MUAT TURUN PERCUMA!

THE NIKE APP, DILANCARKAN DAN MUAT TURUN PERCUMA!

Kongsikan artikel ini

ATAS SEBAB SEMAKIN RAMAI ORANG MEMBELI BARANGAN SECARA DIGITAL, THE NIKE APP TELAH DILANCARKAN DENGAN RASMINYA. TERNYATA BANYAK KELEBIHAN DAN GANJARAN MENARIK YANG BOLEH DIDAPATI DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI NIKE MELALUI APLIKASI NIKE. 

 

Nike mempercepatkan transformasi digitalnya di rantau Asia Tenggara dan India dengan pelancaran aplikasi Nike, the Nike app- memberikan akses peribadi dan ekskluaif kepada peminat jenama Nike dengan mendaftar sebagai ahli Nike. 

Aplikasi Nike tersedia untuk dimuat turun secara percuma dan menyediakan pelbagai perkhidmatan, termasuk pengalaman membeli-belah yang nyaman khusus pelanggan yang menetap di Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, India, Taiwan dan Vietnam. 

 

 

Nike menerajui strategi pertumbuhannya dengan perniagaan digital dan langsung melalui sistem teknologi baru, keupayaan yang tinggi dan inovasi yang terkini. Aplikasi Nike dapat menghubungkan ahli Nike dengan produk, panduan, ganjaran dan pengalaman, semuanya disesuaikan dengan pilihan masing-masing. Sekali gus, memenuhi permintaan konsumer Nike yang punya minat dan keperluan berbeza. Selain dapat membeli-belah produk kegemaran, aplikasi Nike turut memuatkan pelbagai maklumat mengenai gaya hidup merangkumi topik sukan dan hobi.

Legasi Nike yang sedang berkembang di Asia Tenggara dan India khasnya, membolehkan pengguna berbelanja mengikut kehendak-bagaimana, bila dan di mana mereka mahu. Pengguna boleh berbelanja di stor Nike dan stor rakan Nike, serta dalam talian melalui aplikasi Nike, Nike.com, Web SNKRS dan stor rasmi Nike dengan rakan digital, seperti Lazada. 

Lebih mengujakan lagi, melalui aplikasi Nike ini, ia dapat membantu dan memperkasakan sukan sebagai aktiviti harian melalui melayari aplikasi aktiviti Nike Run Club (NRC) dan Nike Training Club (NTC). Banyak informasi berguna boleh didapati melalui variasi aplikasi dalam membantu pengguna menjalani aktiviti sihat, terutamanya pada masa lapang. Bersesuaian dengan situasi sekarang yang memerlukan kita menjalani ‘lockdown’ di rumah dek kerana pandemik.

 

 

Banyak ganjaran lain yang boleh didapati melalui the Nike App, antaranya;

AKSES EKSKLUSIF: Ahli akan berpeluang mendapat ‘update’ terkini mengenai pelancaran produk baru dengan kadar yang lebih cepat, termasuk pelancaran produk baharu setiap hari Jumaat. Dapat juga ketahui tarikh dan masa koleksi hangat seperti Air Jordan 1, Air Force 1 dan Air Max akan dilancarkan. 

GANJARAN AHLI: Ahli akan dapat menikmati ganjaran menarik melalui “Member Wallet”, yang mana maklumat mengenai promosi eksklusif, akses ke acara dan banyak lagi akan dikemaskini. Mulai 12 Julai, ahli yang dapat menyudahi cabaran mingguan di Aplikasi NRC atau NTC untuk mendapatkan akses the Champions Locker di aplikasi Nike-khusus ahli untuk melayari maklumat produk dan kandungan dalam aplikasi. 

KANDUNGAN INSPIRASI: Ahli akan mempunyai akses kepada artikel, panduan dan kandungan inspirasi lain yang hanya terdapat di the Nike app. 

#NIKE

 

Artikel berkaitan: 4 SEBAB GARMIN FORERUNNER 55 TERBAIK BUAT PELARI DAN ATLET

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
fashion week 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut
CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS

CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS

Bacaan Lanjut