4 SEBAB GARMIN FORERUNNER 55 TERBAIK BUAT PELARI DAN ATLET
Garmin Malaysia melancarkan Forerunner 55, jam tangan pintar GPS yang direka khas buat pelari dan atlet yang mahu mencapai matlamat kesihatan personal terbaik.
Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian, dari aspek perhubungan sosial sehnggalah kepada kemajuan sukan. Dalam membantu pelari atau atlet mencapai matlamat kesihatan terbaik, Garmin Malaysia melancarkan jam tangan pintar GPS baharu yang mudah digunakan dengan pelbagai fungsi kecergasan. Dengan hanya menekan butang mudah, Forerunner 55 akan memperkenalkan variasi fungsi seperti cadangan senaman harian, aplikasi sukan tambahan, data larian terperinci dan banyak lagi.
GLAM Lelaki senaraikan 4 sebab Forerunner 55 daripada Garmin adalah jam tangan pintar GPS terbaik buat pelari:
Garmin Forerunner 55 direka untuk mengetahui tahap kecergasan, statistik serta matlamat kesihatan semua.
Fungsi GPS adalah untuk memberi maklumat jarak, kepantasan dan lokasi trek larian pelari. Kadar denyutan jantung pula akan diberikan sepanjang hari dan malam melalui pergelangan tangan. Ia akan memberikan pengiraan jumlah langkahan, kalori, masa tidur dan banyak lagi. Jam tangan pintar ini akan mencadangkan senaman harian dengan memberikan pilihan senaman larian personal berdasarkan sejarah larian, tahap kesihatan dan masa pemulihan. Bukan itu sahaja, program latihan Garmin Coach menawarkan panduan dalam-skrin daripada jurulatih pakar dan pelan latihan untuk larian 5K, 10K atau separa marathon secara percuma yang dapat mengadaptasi kepada matlamat peribadi atlet. Ia turut mempunyai fungsi keselamatan yang akan memberi mesej berserta lokasi kepada keluarga dan rakan nanti.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
4 ATLET SELEBRITI YANG MENGAMALKAN DIET KESIHATAN PELIK
Atlet tersohor ini memilih untuk mencuba diet ekstrem yang kebiasaannya tidak disarankan oleh pakar kesihatan.
HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY
First time in GLAM Lelaki, kami mendekati Mierul Aiman yang mula serius untuk bergelar pelakon yang berjaya.
TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT
Ketahui tiga koleksi khas musim panas untuk melengkapi penampilan hangat ‘summer break’ nanti.
MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI
What to buy this summer? Ketahui tiga koleksi musim panas 2023 untuk menghangatkan penampilan musim panas.
WIRELESS EARBUDS TERBAIK DARIPADA BOWERS & WILKINS KINI DI MALAYSIA
TC Acoustic Malaysia melancarkan generasi baharu true wireless earbuds yang terbaik daripada jenama audio ikonik dari United Kingdon, Bowers & Wilkins.
TERAPI OZON REKTUM, AMALAN KESIHATAN GWYNETH PALTROW YANG PELIK DAN MEMBIMBANGKAN
Aktres dan usahawan, Gwyneth Paltrow sememangnya tidak asing lagi dengan amalan diet terlalu ketat dan rutin kesihatan yang diragui.