THE ORIGINAL BAG MENGHIDUPKAN LEGASI RIMOWA
Gabungan sejarah yang kaya dengan inovasi moden, sebuah beg tangan RIMOWA Original Bag dicipta bukan hanya untuk memenuhi keperluan fungsional tetapi juga menambahkan sentuhan keanggunan pada setiap langkah anda.
Di dalam setiap langkah kreatif yang diambil oleh RIMOWA, sentiasa menghubungkan tradisi dan keanggunan moden. Kali ini, Maison Jerman dengan bangganya memperkenalkan rekaan terbarunya, The Original Bag. Masih mengekalkan daya tarikan klasik beg suit ikonik mereka, RIMOWA membuka lembaran baru dengan menghasilkan beg tangan uniseks yang memikat dan menyempurnakan konsep reka bentuk.

The Original Bag bukan hanya sekadar aksesori, tetapi sebuah rekaan yang menggabungkan gaya dan fungsi secara harmonis. Dihasilkan untuk memenuhi pelbagai keperluan moden dengan sentuhan mewah, beg ini menyatukan elemen ikonik dari koleksi Original yang terkenal dengan alur-alurnya yang khas, sambil menampilkan proporsi yang inovatif. Dengan reka bentuk yang mengutamakan estetika dan praktikal, beg ini sempurna untuk gaya hidup kontemporari.
BUATAN JERMAN
Dihasilkan di Jerman, beg tangan ini menggunakan aluminium berkualiti tinggi yang keras dan ringan. Struktur beg ini membolehkan ia dibawa dengan pelbagai cara sama ada dengan tangan, di bahu atau sebagai beg silang sekaligus menyediakan keselesaan dan ketahanan yang tiada tandingan. Bingkai yang direka dengan rapi dan pemegang kulit yang elegan memberikan sentuhan akhir yang menyempurnakan rekaan ini. Tali webbing yang boleh dilaras menambah fleksibiliti dan kepraktisan untuk penggunaan harian atau ketika melancong.


Keunikan The Original Bag juga terletak pada mekanisme butang yang direka khas oleh RIMOWA yang memudahkan pembukaan dan penutupan beg dengan lancar. Setiap elemen beg ini dicipta dengan penuh teliti bagi memastikan bahawa ia bukan sekadar aksesori tetapi juga simbol gaya yang elegan.
Beg ini mempunyai dua pilihan warna iaitu perak dan hitam yang menonjolkan sofistikasi yang tidak berlebihan, menjadikannya sesuai untuk pelbagai majlis, sama ada santai mahupun formal. Rekaan dalaman beg yang diperbuat daripada kulit buatan Itali berkualiti tinggi memberikan ruang yang luas untuk memuatkan segala keperluan harian. Selain menawarkan ruang yang mencukupi, The Original Bag mempunyai kompatmen yang teratur dengan poket berzip dan slot khas untuk kad kredit dapat memastikan barang-barang tersimpan dengan rapi.

BERSAMA EMPAT IKON GLOBAL
Pelancaran The Original Bag juga diabadikan di dalam sebuah filem kempen yang diarahkan oleh Jordan Hemingway dan difoto oleh Louise serta Maria Thornfeldt, mengajak penonton untuk menyelami semangat penerokaan melalui pemandangan kota yang sibuk. RIMOWA bersama agensi Anomaly melancarkan kempen yang mempamerkan daya tariknya kepada penggemar reka bentuk dan gaya.
Turut menampilkan empat tokoh global iaitu supermodel Liu Wen, rapper Central Cee, wartawan dan pengarah kreatif IB Kamara, serta jurugambar Larissa Hofmann. Filem ini menggambarkan bagaimana RIMOWA The Original Bag menemani mereka sepanjang 24 jam di kehidupan bandar dengan lagu ‘Last Nite’ oleh The Strokes mengiringi setiap detik perjalanan mereka.
Artikel berkaitan: KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS BOSS 2025 DI MILAN FASHION WEEK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
PRADA SS27, MENENTANG ‘USELESS DESIGN’
Prada SS27 menentang ‘useless design’ menerusi koleksi 'Clarity'. Saksikan bagaimana Jaehyun NCT & Troye Sivan menghidupkan visi minimalis.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.











