The Style of Speed
April 18, 2016

Bayangkan. Jejaka memakai sut lengkap sambil mengemudi papan luncur sekitar litar perlumbaan F1. Yakin dan penuh gaya menangani setiap kelok litar lumba, kekal segak pada kelajuan 70 batu sejam.
Begitulah visual dinamik dirakamkan dalam video khas “The 70mph Skater”, projek khas yang diterbit untuk meraikan peranan Hackett London sebagai Official Clothing Supplier pasukan Williams Racing untuk tahun kedua.
Sejak mula bertanding pada 1978, Williams Racing kini memegang rekod 114 kemenangan Grand Prix. Sempena kejayaan membanggakan ini, Hackett menghasilkan 114 pasang sut edisi terhad Hackett Williams Racing.
Untuk video ini, Hackett merekrut skateboarder supremo Liam Morgan, yang kelihatan meluncur sambil menggayakan sut istimewa Hackett Williams Racing di litar Paul Ricard berdekatan Marseille, Peranchis.



Uniknya, sut ini direka menggunakan ultra-performing lightweight wool, satu komposisi fabrik dicipta eksklusif untuk Hackett. Sesuai untuk musim F1 dengan cuaca yang sukar diramal, sifat kalis air pada sut ini membolehkan anda menangani hujan manakala ciri fabrik yang amat breathable pula memberi keselesaan dalam iklim panas.
Kesemua 114 pasang sut Hackett Williams Racing juga dihiasi lakaran teknikal kereta lumba Williams pada lining-nya. Sebagai elemen eksklusif, setiap satu persalinan ini mewakili satu daripada 114 kemenangan Grand Prix Williams, dengan info negara dan tahun kemenangan ditulis pada label bespoke setiap sut.
Tambahan lagi, sut edisi terhad ini mempunyai ciri regangan semulajadi yang membenarkan kebebasan untuk bergerak, menjamin keselesaan baik tatkala bermesyuarat di pejabat ataupun semasa memecut di atas papan luncur pada kelajuan 70 batu sejam.
Tontoni video “The 70mph Skater” di bawah.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 NAMA DENGAN PENCALONAN TERTINGGI DI AIM25
Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) bakal berlangsung dengan barisan nama besar serta bakat baharu yang mencuri perhatian
GLAM LELAKI X KAHF BEYOND VIBES: TIM TIAH, LEBIH DARIPADA SEKADAR SEORANG USAHAWAN
Bagi Tim Tiah, kejayaan bukan sekadar tentang membina sebuah syarikat, tetapi tentang mengenali dirinya sendiri.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
DANIEL SHER: APA ERTINYA MENJADI LEADER ALPHA?
Daniel Sher berkongsi erti menjadi ketua ALPHA dan cabaran menyatukan tujuh personaliti dalam satu kumpulan.
7 KONSERT TERBESAR DI KL PADA HUJUNG TAHUN 2026
Hujung tahun ini, manjakan diri dengan konsert-konsert terbesar yang bakal berlangsung di KL, daripada The First Wave hinggalah Arirang World Tour.
5 LAGU KOLABORASI JAY PARK BERSAMA ARTIS MALAYSIA
Nama Jay Park dalam dunia hip-hop Korea Selatan semestinya besar, termasuklah di Malaysia dengan kolaborasi yang hebat.











