TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI
Tampil bersinar di malam tahun baru atau gayakan rekaan hangat untuk pesta akhir tahun nanti. Juga tampil selesa sewaktu cuaca tidak menentu ini. Cadangan serta pilihan koleksi khas musim percutian menjadi pilihan GLAM Lelaki untuk menyempurnakan outfit anda. Ketahui tiga koleksi musim percutian dari tiga jenama ini, untuk melengkapi tampilan anda.
BURBERRY
Dengan sederet acara malam tahun baru yang bakal tiba tidak lama lagi, anda perlu luangkan masa untuk terokai outfit atau aksesori sesuai. Yang tentunya dapat melengkapi party outfit malam tahun baru anda secara sempurna. Seperti di Burberry, khusus musim perayaan ini, Burberry perkenalkan seleksi hadiah yang dibalut dengan motif ikonik Burberry Check.
Kod rumah yang kekal klasik telah berkembang daripada butiran halus terperinci kepada reka bentuk statement. Motif Burberry Check telah digunakan untuk melapisi kot hujan Burberry sejak tahun 1920-an. Aksesori cek itu dilahirkan pada tahun 1967 apabila pembeli di kedai Paris menggunakan lapisan untuk membungkus bagasi dan membuat penutup payung. Koleksi hadiah yang direka Burberry kali ini, termasuk produk seperti selendang, beg mini, pemegang kad dan tali pinggang yang dihiasi dengan warna klasik Burberry, iaitu brown dan beige.
FENDI
Tawaran gaya musim percutian FENDI pula mengambil FENDI Tartan sebagai fokus utamanya. Motif tersebut adalah cara termudah untuk mengekspresikan keperibadian anda kerana dapat di mix and match sesuai gaya peribadi. Ia direka dengan reka bentuk kontemporari dan bersama jenama pembuatan Prickly Thistle-Cloth of Identiti dan dikilangkan di Scotland. Dengan semangat perayaan dan kekeluargaan, identiti muda dan kekinian dengan penuh attitude tampak jelas pada perincian jahitan, blazer tartan, seluar yang disesuaikan dan baju bersifat kasual.
Untuk gaya yang fun dan playful, FENDI turut memperkenalkan rangkaian Fendilicious. Sebagai aksesori kecil yang mula menjadi obsesi ramai. Sesuai digantung atau dihiasi pada beg dan bagasi. Menambah karakter pada keseluruhan penampilan anda. Beg Baguette Soft Trunk FF jacquard juga ditawarkan dalam koleksi musim perayaan kali ini. Serta pilihan outfit lain yang melengkapi penampilan anda di malam tahun baru, misalnya.
DIOR
Melalui koleksi musim bunga 2025 Dior, Kim Jones mengimpikan almari pakaian untuk gaya sehari-hari. Mencadangkan tafsiran semula gaya yang bersifat kontemporari. Dapat memberikan sentuhan mewah ‘masculine elegance’. Satu koleksi yang kreatif lagi unik yang bergema seperti jemputan untuk mengembara dan menegaskan identiti diri.
Kot trench yang ikonik digubah dalam versi tiga dalam satu, bermain dengan kesan potongan dan konstruksi, manakala sifat utilitarian pada jaket bomber dikembalikan dalam variasi ultraluxe. Idea tailoring diberi nafas baharu pada jaket suit dalam kanvas teknikal, dipadankan dengan seluar kapas. Sekaligus hadir dalam siluet yang santai, namun stylish.
Kerana cuaca pada akhir tahun terkadang tidak menentu, maka teknik layering atau berlapis akan sangat membantu. Pilihan outfit dari koleksi Dior ini ternyata mudah dipakai atau dilepas sesuai keperluan seperti jaket, kardigan, atau baju panas hoodie. Anda akan tetap rasa nyaman dan tidak perlu bimbang jika cuaca berubah seketika.
Artikel berkaitan: CUTI-CUTI BERSAMA OUTFIT IKONIK LEVI’S®
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 PERKARA MENARIK TENTANG PELAKON YUSUF BAHRIN
Ketahui 7 perkara menarik tentang Yusuf Bahrin yang mungkin anda belum tahu! Pelakon dan suami kepada Zizi Kirana.
NARATIF GAYA IDRIS KHAN BERSAMA MONTBLANC
Montblanc memperkenalkan koleksi baharu diinspirasikan dari kaki Gunung Mont Blanc dengan siluet lebih ringan dan rona bumi yang menenangkan.
DANIEL FLEISCHER, “GAYA YANG TERBAIK SENTIASA DATANG DARI KEASLIAN DIRI”
Daniel Fleischer telah memulakan kerjaya modelling sejak umur 18 tahun lagi. Kini dia semakin matang dalam menyusun kerjayanya, yang mana telah berkembang sebagai seorang DJ dan pemilik kafe.
GELOMBANG BUDAYA ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR
Bertemakan “The Original”, memberi penghormatan kepada legasi kasut ikonik adidas Superstar. Pop-up ini direka sebagai satu pengalaman imersif yang berpusatkan komuniti, menggabungkan budaya jalanan global dengan sentuhan kreatif tempatan.
5 WAJAH LELAKI MASA KINI MENJADI REBUTAN JENAMA LOKAL
Kenali lima wajah lelaki masa kini yang semakin menjadi pilihan utama jenama lokal, seperti Pipi Razi dan Hadri Hashim.
ARIF ASHRAF, INSPIRASI GAYA GENERASI KINI
"Sebelum masuk 35 tahun, saya berazam untuk melancarkan produk jenama saya sendiri dan membina jenama yang mencerminkan identiti saya"-Ashraf