Skip to content

TIP & TRIK PEMAKAIAN ALL BLACK LELAKI PATUT AMBIL TAHU

Kongsikan artikel ini

Hitam, sering kali sinonim dengan kaum lelaki, malah salah satu warna yang paling popular dalam berfesyen khususnya. Tetapi kenapa? Warna hitam dalam fesyen selalu dikaitkan dengan kelas, sofistikated dan misteri, menjadikan sang pemakai tampak luar dari kebiasaan. Namun berhati-hati kerana yang pasti warna hitam boleh menenggelamkan penampilan anda. Jadi bagaimana untuk menguasai trik pemakaian all-black agar anda tampil menawan dan menyerlah? Teruskan membaca…

1. PASTIKAN BERKUALITI

When it comes to black, you need to be careful! Ya, ini adalah peraturan asas yang pertama jika anda ingin memakai all-black. Pakaian hitam akan mudah sekali bertukar warna kepada kelabu seterusnya pudar warna sekiranya anda silap teknik membasuhnya. Oleh itu, pilihlah fabrik yang benar-benar berkualiti, dari jenama yang benar-benar anda yakini.

2. IKLIM

Sekiranya anda tinggal di negara beriklim panas, sudah pasti Malaysia sebagai contoh, elakkan kekerapan pemakaian all-black yang melampau. Ini kerana terlalu banyak hitam anda tampak sedikit janggal dan pasti anda akan rasa kurang selesa. Kenapa? Ya, ini kerana pakaian hitam mudah memerangkap haba sekali gus membuatkan anda mudah berpeluh.

3. USAH TAKUT GUNAKAN WARNA NEUTRAL LAIN

Anda merasakan pemakaian all-black bikin anda lebih ranggi dan stylo. Ada benarnya namun tiada salah sekiranya anda mencampurkan dengan sedikit warna neutral selain hitam bagi menyerlahkan lagi penampilan seperti putih, kelabu, coklat, kuning dan lain-lain.

4. AKSESORI

Penampilan all-black juga kadangkala boleh tampak bosan dan no fun in it. Apatah lagi mereka yang sering kali tampil dengan pemakaian all black dikaitkan dengan perwatakan serius dan takut untuk didekati. Apa yang boleh anda lakukan? Padankan dengan aksesori lain agar anda tampil lebih berkeyakinan, tidak ‘menakutkan’ dan sedikit ceria, seperti topi, skarf, beg, gelang tangan, jaket hoody dan lain-lain.

5. YAKIN

Tiada apa yang lebih penting untuk membawa mana-mana penampilan selain yakin dengan gaya yang anda sarungkan. Tetapi ingat, jangan berlebihan kerana dalam mana-mana penggayaan, less is always more! 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

Bacaan Lanjut

30 SEGAK & ANGGUN DI KARPET MERAH ABPBH 36

Bacaan Lanjut
10 ASAS TAMPIL BERGAYA SETIAP LELAKI WAJIB TAHU!

10 ASAS TAMPIL BERGAYA SETIAP LELAKI WAJIB TAHU!

Bacaan Lanjut
EVOLUSI FESYEN WILL SMITH & JADA PINKETT SEJAK TAHUN 90-AN

EVOLUSI FESYEN WILL SMITH & JADA PINKETT SMITH SEJAK TAHUN 90-AN

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI MOST STYLISH 2023

Bacaan Lanjut