TIP & TRIK PEMAKAIAN ALL BLACK LELAKI PATUT AMBIL TAHU
Hitam, sering kali sinonim dengan kaum lelaki, malah salah satu warna yang paling popular dalam berfesyen khususnya. Tetapi kenapa? Warna hitam dalam fesyen selalu dikaitkan dengan kelas, sofistikated dan misteri, menjadikan sang pemakai tampak luar dari kebiasaan. Namun berhati-hati kerana yang pasti warna hitam boleh menenggelamkan penampilan anda. Jadi bagaimana untuk menguasai trik pemakaian all-black agar anda tampil menawan dan menyerlah? Teruskan membaca…
1. PASTIKAN BERKUALITI
When it comes to black, you need to be careful! Ya, ini adalah peraturan asas yang pertama jika anda ingin memakai all-black. Pakaian hitam akan mudah sekali bertukar warna kepada kelabu seterusnya pudar warna sekiranya anda silap teknik membasuhnya. Oleh itu, pilihlah fabrik yang benar-benar berkualiti, dari jenama yang benar-benar anda yakini.
2. IKLIM
Sekiranya anda tinggal di negara beriklim panas, sudah pasti Malaysia sebagai contoh, elakkan kekerapan pemakaian all-black yang melampau. Ini kerana terlalu banyak hitam anda tampak sedikit janggal dan pasti anda akan rasa kurang selesa. Kenapa? Ya, ini kerana pakaian hitam mudah memerangkap haba sekali gus membuatkan anda mudah berpeluh.
3. USAH TAKUT GUNAKAN WARNA NEUTRAL LAIN
Anda merasakan pemakaian all-black bikin anda lebih ranggi dan stylo. Ada benarnya namun tiada salah sekiranya anda mencampurkan dengan sedikit warna neutral selain hitam bagi menyerlahkan lagi penampilan seperti putih, kelabu, coklat, kuning dan lain-lain.
4. AKSESORI
Penampilan all-black juga kadangkala boleh tampak bosan dan no fun in it. Apatah lagi mereka yang sering kali tampil dengan pemakaian all black dikaitkan dengan perwatakan serius dan takut untuk didekati. Apa yang boleh anda lakukan? Padankan dengan aksesori lain agar anda tampil lebih berkeyakinan, tidak ‘menakutkan’ dan sedikit ceria, seperti topi, skarf, beg, gelang tangan, jaket hoody dan lain-lain.
5. YAKIN
Tiada apa yang lebih penting untuk membawa mana-mana penampilan selain yakin dengan gaya yang anda sarungkan. Tetapi ingat, jangan berlebihan kerana dalam mana-mana penggayaan, less is always more!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COACH x TOM WESSELMANN, MERAIKAN KARYA ARTIS POP TERNAMA
Coach mengundang Tom Wesselmann untuk hasilkan koleksi kapsul. Menggabungkan seni dan fesyen, deretan aksesori memikat melengkapi penampilan.
NB FOR JADEN SMITH VISION RACERS, TARUHAN DUA WARNA EPIK
New Balance dan Jaden Smith bersatu untuk satu kolaborasi epik. Rekaan Vision Racers melengkapi gaya musim baharu.
H&M MENYUNTING PETE DAVIDSON
Pete Davidson membintangi kempen baru H&M. Menyuntik semangat baharu nan segar dalam lapangan fesyen lelaki.
FESYEN UPDATE! TIGA HIMPUNAN MESTI TAHU SEKARANG
Apakah koleksi terkini? GLAM Lelaki kongsikan tiga himpuna terkini yang wajar dimiliki bulan ini.
GL FIRST: DIOR MEN SPRING 23 CAPSULE COLLECTION
Strim pertunjukkan Dior Men Spring 23 Capsule Collection pada 20 Mei, jam 11am (waktu Malaysia).
SANTAI BERGAYA, MICHAEL KORS & ELLESSE BERSATU
Garapan stail retro ‘70-an membentuk keseluruhan koleksi kapsul Michael Kors bersama jenama sukan Ellesse. Bakal bertemu peminat fesyen pada penghujung Mei nanti.