TIPS PENGGAYAAN MEMADANKAN WARNA DAN CORAK UNTUK PARA JEJAKA
GLAM Lelaki menyenaraikan tips penggayaan serta panduan asas untuk mencerminkan personaliti melalui padanan warna dan corak pakaian lelaki.
Memadankan warna dan corak dalam pakaian bukanlah tugas yang mudah. Namun dengan beberapa panduan asas dan tip penggayaan ini dapat membantu anda tampil dengan lebih bergaya dan yakin. Penampilan yang kemas dan bergaya bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri. Malahan juga mencerminkan personaliti dan cita rasa seseorang.
Antara pereka fesyen Malaysia yang menyerapkan elemen corak baju bagi pakaian lelaki yang menarik dalam rekaan desain mereka termasuk nama-nama terkenal seperti Khoon Hooi dan Behati.
TIPS PENGGAYAAN MEMADANKAN WARNA DAN CORAK UNTUK PARA JEJAKA
Berikut adalah tips ringkas dan praktikal untuk membantu anda memadankan warna dan corak dengan betul.
1. FAHAMI WARNA ASAS
Memahami warna asas seperti hitam, putih, kelabu, dan navy adalah penting. Warna-warna ini mudah dipadankan dengan hampir semua warna lain. Sebagai contoh, kemeja putih adalah pilihan yang versatil dan boleh dipakai dengan seluar hitam untuk penampilan formal atau bersama padanan jeans untuk gaya kasual. Bagi GLAM Lelaki, warna asas ini juga membantu anda mencipta pelbagai kombinasi pakaian.
2. GUNAKAN RODA WARNA

Foto: Pixabay
Roda warna adalah alat yang hebat untuk memahami padanan warna. Warna yang bersebelahan analog memberikan kombinasi yang harmoni. Manakala, warna yang bertentangan komplemen memberikan kontras yang menarik.
Misalnya, jika anda memilih baju biru, cuba padankan dengan seluar hijau untuk penampilan yang lembut atau seluar berwarna khaki untuk mendapat kontras yang mencuri perhatian. Lantas, menggunakan roda warna membantu anda membuat pilihan yang lebih berani dan bergaya.
3. KEKALKAN KESEIMBANGAN
Apabila memadankan corak, pastikan anda kekalkan keseimbangan. Jika anda memakai baju dengan corak yang menonjol, padankan dengan seluar yang berwarna solid. Elakkan memakai dua corak yang bertentangan secara serentak.
4. CORAK BERGARIS DAN CORAK BERKOTAK
Corak bergaris dan berkotak adalah pilihan klasik yang mudah dipadankan. Untuk penampilan yang lebih menarik, cuba padankan garis vertikal dengan seluar atau jaket berwarna neutral. Corak bergaris vertikal juga membantu memberi ilusi tubuh yang lebih tinggi dan kurus. Manakala corak berkotak mampu memberikan sentuhan kasual tetapi tetap bergaya, terutamanya jika dipadankan dengan warna solid.
5. AKSESORI
Gabungkan aksesori seperti tali pinggang, jam tangan, dan kasut. Aksesori ini boleh menambahkan sentuhan gaya dan melengkapkan penampilan anda. Pastikan warna aksesori selaras dengan pakaian yang dipakai. Sebagai contoh, tali pinggang dan kasut kulit coklat sangat sesuai dipadankan dengan seluar dan jaket navy. Jam tangan yang elegan juga boleh menjadi pernyataan gaya yang kuat tanpa terlalu menonjol.
Akhir sekali, jangan takut untuk bereksperimen. Fesyen adalah tentang ekspresi diri, jadi cuba pelbagaikan padanan sehingga anda menemukan gaya yang sesuai dan membuat anda berasa yakin. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru atau di luar zon selesa anda. Keyakinan diri adalah kunci utama untuk menarik perhatian dan tampil hebat dalam apa jua situasi.
Dengan memahami dan mengikuti panduan ini, jejaka boleh tampil lebih bergaya dan menarik. Ingat, kunci utama dalam memadankan warna dan corak adalah keseimbangan dan keyakinan diri. Selamat mencuba dan tampil menawan setiap hari!
Artikel berkaitan: KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur dihadiri dengan butik-butik baharu dalam dunia fesyen yang menambah lagi kemeriahan di kota sibuk ini.
JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU
GLAM Lelaki mencipta sejarah dengan bintang Thailand pertama menghiasi muka depan. Istimewa penutup 2025, GLAM Lelaki tampilkan James Jirayu.
HAKIM PARKER, “JANGAN BERHARAP UNTUK “NASIB BAIK” TANPA USAHA YANG SEBENAR.”
Hakim Parker, content creator dan pengasas podcast ‘Borak Space’ yang membawa gelombang baharu, terus mencorak ruang digital tempatan.
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.











