TOD’S· X CAPSULE COLLECTION BERSAMA XIAO ZHAN
Koleksi kapsul TOD’S· X diperkaya dengan ton warna yang lembut seperti pastel dan soft neutrals. Boleh memberikan kesan yang menenangkan nan elegan. Warna-warna ini sangat ideal untuk digayakan kala acara akhir tahun. Kombinasi warna ini nyata versatil sesuai buat mereka yang suka terlihat tanpa berlebihan.

Tod’s memperkenalkan koleksi kapsul TOD’S· X terkini, yang mana pengarah kreatif Matteo Tamburini bergabung tenaga secara kreatif dengan pelakon, penyanyi terkenal China serta duta global Tod’s sendiri, Xiao Zhan. Ia merupakan kerjasama kedua antara Tod’s dan Xiao Zhan sejak dia menyertai ‘keluarga’ Tod’s pada tahun 2021.
Direka oleh para petukang Tod’s dari Itali, koleksi kapsul ini mencerminkan gaya hidup dan pesona Itali bersama identiti gaya Xiao Zhan yang identik dengan gaya lelaki masa kini. Memberikan kesan elegan, mewah dan ‘refershing’. Koleksi ini menawarkan deretan beg, kasut dan outfit dan aksesori-menampilkan logo eksklusif TOD’S· X.

TOD’S· X adalah tentang kreativiti
“Kreativiti dan idea datang secara semula jadi,” kata Matteo Tamburini mengenai koleksi ini. Dari bahan dan warna hingga siluet akhir, semuanya direka dengan penjagaan dan dedikasi yang teliti, “menangkap intipati Tod’s sambil memperkenalkan elemen yang diilhamkan oleh tafsiran unik Xiao Zhan tentang kesederhaan moden dan rasa fesyennya yang bersahaja.
Koleksi kapsul menampilkan ‘Di Bag Swing’ dalam ton warna brown dan kelabu. Dengan perincian jahitan pelana klasik dan reka bentuk pemegang terbalik, ia menawarkan ‘twist’ yang menyeronokkan yang merangkumi pertemuan antara kualiti gaya Tod’s dan pesona gaya Xiao Zhan.


Aksesori stylish musim ini
Satu lagi fokus dalam koleksi ini merupakan beg telefon TOD’S· X dalam versi mikro, pilihan gaya asas untuk Xiao Zhan, sesuai untuk apa jua gaya. Beg tersebut menjadi pilihan sempurna, apalagi dilengkapi dengan sentuhan gancu logam T Barretta dengan lambang TOD’S· X. Terdapat kasut T Vintage dalam dua kombinasi warna eksklusif, untuk membuat gaya anda kian tampil ekstra.

Layari koleksi TOD’S· X di sini
Artikel berkaitan: GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
MILAN & PARIS FASHION WEEK MEN’S SS27: SIAPA SELEBRITI ASIA YANG HADIR?
Seperti biasa, Milan dan Paris Fashion Week SS27 kali ini dihadiri oleh selebriti Asia yang mewakili jenama masing-masing, dengan penuh gaya.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.











