Skip to content

TOMMY HILFIGER SAMBUT 4 JEJAKA THAILAND SEBAGAI DUTA JENAMA

TOMMY HILFIGER SAMBUT 4 JEJAKA THAILAND SEBAGAI DUTA JENAMA

Kongsikan artikel ini

Tommy Hilfiger menyambut 4 jejaka kacak Thailand, Pond, Phuwin, Gemini, dan Fourth sebagai duta jenama fesyen dari New York itu. 

Selepas Stray Kids dan Jisoo, bintang hiburan Thailand kini menyertai Tommy Hilfiger sebagai duta jenama, menerajui babak baru dalam fesyen global dan pengaruh budaya. Tommy Hilfiger dengan bangga memperkenalkan Pond Naravit Lertratkosum, Phuwin Tangsakyuen, Gemini Norawit Titicharoenrak, dan Fourth Nattawat Jirochtikul sebagai duta jenama baharu. Mereka akan membawa kreativiti dan pengaruh budaya Thailand ke peringkat global melalui kerjasama ini.

Mengambil inspirasi daripada pengaruh besar K-Pop dalam dunia fesyen, gerakan T-Wave dijangka menjadi pelopor gaya generasi baharu. Dengan menggabungkan kreativiti Thailand dan ekspresi diri moden, Pond, Phuwin, Gemini, dan Fourth akan membawa semangat positif, karisma unik, dan tenaga segar ke dalam gaya klasik Amerika milik Tommy Hilfiger.

“Saya sangat gembira menyambut Pond, Phuwin, Gemini, dan Fourth ke dalam keluarga Tommy Hilfiger,” kata Tommy Hilfiger. “Setiap tahun, budaya baharu muncul untuk meninggalkan jejak dalam dunia pop – dan kini adalah giliran T-Wave. Saya bangga mengalu-alukan mereka ke dalam komuniti artis dan inovator kami yang menjadikan detik biasa sebagai pergerakan berpengaruh.” ujarnya lagi.

Kerjasama ini diumumkan melalui kempen yang dirakam oleh Wasu Sukatocharoenkul, menampilkan bintang-bintang T-Wave mengenakan gaya prep klasik daripada koleksi Pre-Spring 2025 Tommy Hilfiger. Sebelum ini, mereka turut menghadiri pertunjukan fesyen musim bunga 2025 Tommy Hilfiger di atas kapal MV John F. Kennedy, sebuah feri Staten Island yang telah dinyahfungsi, semasa  New York Fashion Week.

Tommy Hilfiger

Kata-Kata Dari Bintang T-Wave

“Menjadi sebahagian daripada jenama TOMMY HILFIGER, yang memiliki pengaruh global, adalah satu penghormatan besar. Kerjasama ini bukan sekadar tentang fesyen, tetapi juga tentang membawa budaya kita ke pentas dunia.” ujar Pond. “Apa yang membuatkan pengalaman ini begitu bermakna ialah dapat melaluinya bersama rakan-rakan T-Wave saya. Perjalanan ini terasa lebih istimewa apabila kami menjadi sebahagian daripada keluarga Tommy bersama-sama. Saya tak sabar untuk menikmati momen hebat pada tahun mendatang.” kata Phuwin.

“Menjadi sebahagian daripada pergerakan global Tommy bukan sekadar pencapaian, tetapi juga sebuah impian yang menjadi kenyataan. Saya sentiasa mengagumi bagaimana jenama ini memberi sentuhan moden pada gaya klasik, dan bekerjasama dengan jenama ikonik ini adalah sesuatu yang luar biasa.” ujar Gemini dan “Menyertai keluarga Tommy adalah langkah penting dalam perjalanan saya. Ini adalah peluang yang hebat untuk berkembang dengan jenama yang memiliki sejarah panjang dalam menggabungkan budaya pop dan fesyen. Saya sangat teruja untuk membawa sentuhan peribadi saya ke dalam gaya klasik Tommy.” kata Fourth.

Pautan Berkaitan: INSPIRASI SENI CLOISONNÉ LOEWE UNTUK TAHUN BARU CINA

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SELEBRITI LELAKI DI NEW YORK FASHION WEEK 2024

SELEBRITI LELAKI DI NEW YORK FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
STRAY KIDS DALAM KEMPEN MUSIM LURUH 2024 TOMMY HILFIGER

STRAY KIDS DALAM KEMPEN MUSIM LURUH 2024 TOMMY HILFIGER

Bacaan Lanjut
fashion week menswear

60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]

Bacaan Lanjut
fashion week 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024

Bacaan Lanjut
Tommy Hilfiger Malaysia

TOMMY HILFIGER MERAIKAN KOLEKSI FALL 2023 BERSAMA FOURTH NATTAWAT, GEMINI NORAWIT DAN NANI HIRUNKIT

Bacaan Lanjut
Dini Schatzmann

“SAYA SUDAH SEDIA UNTUK BERKELUARGA.” – DINI SCHATZMANN, GLAM LELAKI NOVEMBER 2023

Bacaan Lanjut