TOMMY HILFIGER SAMBUT 4 JEJAKA THAILAND SEBAGAI DUTA JENAMA
Tommy Hilfiger menyambut 4 jejaka kacak Thailand, Pond, Phuwin, Gemini, dan Fourth sebagai duta jenama fesyen dari New York itu.
Selepas Stray Kids dan Jisoo, bintang hiburan Thailand kini menyertai Tommy Hilfiger sebagai duta jenama, menerajui babak baru dalam fesyen global dan pengaruh budaya. Tommy Hilfiger dengan bangga memperkenalkan Pond Naravit Lertratkosum, Phuwin Tangsakyuen, Gemini Norawit Titicharoenrak, dan Fourth Nattawat Jirochtikul sebagai duta jenama baharu. Mereka akan membawa kreativiti dan pengaruh budaya Thailand ke peringkat global melalui kerjasama ini.
Mengambil inspirasi daripada pengaruh besar K-Pop dalam dunia fesyen, gerakan T-Wave dijangka menjadi pelopor gaya generasi baharu. Dengan menggabungkan kreativiti Thailand dan ekspresi diri moden, Pond, Phuwin, Gemini, dan Fourth akan membawa semangat positif, karisma unik, dan tenaga segar ke dalam gaya klasik Amerika milik Tommy Hilfiger.
“Saya sangat gembira menyambut Pond, Phuwin, Gemini, dan Fourth ke dalam keluarga Tommy Hilfiger,” kata Tommy Hilfiger. “Setiap tahun, budaya baharu muncul untuk meninggalkan jejak dalam dunia pop – dan kini adalah giliran T-Wave. Saya bangga mengalu-alukan mereka ke dalam komuniti artis dan inovator kami yang menjadikan detik biasa sebagai pergerakan berpengaruh.” ujarnya lagi.
Kerjasama ini diumumkan melalui kempen yang dirakam oleh Wasu Sukatocharoenkul, menampilkan bintang-bintang T-Wave mengenakan gaya prep klasik daripada koleksi Pre-Spring 2025 Tommy Hilfiger. Sebelum ini, mereka turut menghadiri pertunjukan fesyen musim bunga 2025 Tommy Hilfiger di atas kapal MV John F. Kennedy, sebuah feri Staten Island yang telah dinyahfungsi, semasa New York Fashion Week.
Kata-Kata Dari Bintang T-Wave
“Menjadi sebahagian daripada jenama TOMMY HILFIGER, yang memiliki pengaruh global, adalah satu penghormatan besar. Kerjasama ini bukan sekadar tentang fesyen, tetapi juga tentang membawa budaya kita ke pentas dunia.” ujar Pond. “Apa yang membuatkan pengalaman ini begitu bermakna ialah dapat melaluinya bersama rakan-rakan T-Wave saya. Perjalanan ini terasa lebih istimewa apabila kami menjadi sebahagian daripada keluarga Tommy bersama-sama. Saya tak sabar untuk menikmati momen hebat pada tahun mendatang.” kata Phuwin.
“Menjadi sebahagian daripada pergerakan global Tommy bukan sekadar pencapaian, tetapi juga sebuah impian yang menjadi kenyataan. Saya sentiasa mengagumi bagaimana jenama ini memberi sentuhan moden pada gaya klasik, dan bekerjasama dengan jenama ikonik ini adalah sesuatu yang luar biasa.” ujar Gemini dan “Menyertai keluarga Tommy adalah langkah penting dalam perjalanan saya. Ini adalah peluang yang hebat untuk berkembang dengan jenama yang memiliki sejarah panjang dalam menggabungkan budaya pop dan fesyen. Saya sangat teruja untuk membawa sentuhan peribadi saya ke dalam gaya klasik Tommy.” kata Fourth.
Pautan Berkaitan: INSPIRASI SENI CLOISONNÉ LOEWE UNTUK TAHUN BARU CINA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BRAD PITT PANDU SENDIRI DI DALAM F1 THE MOVIE!
Bersedia untuk pengalaman perlumbaan yang bukan biasa-biasa? F1 The Movie akhirnya memecut masuk ke pawagam dan membawa penonton terus ke jantung dunia Formula 1 dengan kelajuan yang gila, aksi yang menggetarkan dan gaya yang penuh kelas. Bukan sahaja Brad Pitt memegang watak utama sebagai pelumba veteran, tetapi apa yang membuatkan filem ini lebih ‘cool’ adalah…
KOLEKSI APXGP TOMMY HILFIGER GABUNGAN BERSAMA FILEM F1®
Tommy Hilfiger telah menyatukan dunia fesyen, sukan permotoran dan penceritaan sinematik menerusi pelancaran Koleksi APXGP.
7 DUTA JENAMA JAM TANGAN MEWAH
Duta jenama buat jam tangan mewah sememangnya penting dalam melambangkan jam tangan, satu item fesyen yang cukup maskulin.
GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN AEDY ASHRAF
Memutuskan untuk memberi tumpuan kepada penghasilan dan pengarahan filem, melangkah tegas meninggalkan arena drama dan kini memberikan fokus kepada produksi filem yang lebih memberi impak. "Saya merancang untuk tidak terlibat dengan drama dalam lima tahun akan datang."
MEERQEEN: BINTANG MUDA MALAYSIA YANG MENAWAN
Dalam landskap hiburan Malaysia yang dipenuhi dengan bakat luar biasa, Meerqeen muncul sebagai pelakon muda paling bersinar dalam industri.
DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA
Dalam era di mana selebriti dan idola K-pop menjadi wajah utama jenama mewah global, Stray Kids muncul sebagai kuasa besar.