TOPTEN10 TERBANG DARI KOREA SELATAN KE MALAYSIA
TOPTEN10 Malaysia secara rasmi meraikan pembukaan kedai pertama di Sunway Pyramid. Ini menandakan kemasukan jenama fesyen Korea ini ke pasaran tempatan dengan penuh gaya dan identiti. Pelancaran ini menghidupkan falsafah “Good wear” menerusi pengalaman imersif yang meraikan warisan Korea, keselesaan harian dan reka bentuk yang praktikal.
TOPTEN10 diasaskan pada tahun 2012 oleh Shinsung Tongsang Co., Ltd. Mereka kekal komited dalam menawarkan pakaian harian yang mengimbangi gaya, keselesaan dan nilai. Pelancaran di Malaysia ini menandakan langkah penting jenama tersebut dalam memperluaskan jejak global mereka. Sambil itu, mereka mengekalkan DNA “Good wear” yang menitikberatkan fungsi, ketahanan dan perincian yang teliti.

Sepanjang acara, para tetamu disajikan dengan pelbagai pengalaman berinspirasikan elemen Korea. Antaranya termasuk photobooth, sogeumppang (roti garam Korea) dan flan seperti di kafe Korea. Selain itu, pilihan minuman berinspirasikan Korea, serta blind box keychain hasil kolaborasi dengan artis tempatan Loka Made. Keychain edisi terhad ini hadir dalam empat rekaan eksklusif yang diinspirasikan oleh momen kehidupan seharian. Everyday Ease, City Walk, Active Flow, dan Office Edit. Ia turut mencerminkan koleksi TOPTEN10 untuk pemakaian harian. Para tetamu juga menerima tumbler TOPTEN10 yang dipersonalisasi, menjadikan pengalaman pembukaan ini lebih istimewa.

Mr. Tony Oh berkongsi, “Dengan pembukaan kedai pertama kami di Malaysia, kami teruja untuk membawa falsafah ‘Good wear’ TOPTEN10 ke dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Direka dengan fokus kepada keselesaan, fungsi dan perincian yang teliti, koleksi kami dicipta untuk dipakai dengan mudah dari siang hingga malam. Kami berharap setiap pengunjung pulang dengan inspirasi daripada craftsmanship, gaya dan pengalaman unik di dalam kedai.”
TOPTEN10 Bawa Falsafah Good Wear
Berteraskan falsafah “Good wear” yang menekankan keselesaan, fungsi, ketahanan dan reka bentuk yang berfikir, TOPTEN10 memastikan kualiti yang konsisten serta aksesibiliti. Merka turut kekal setia kepada pakaian praktikal yang bersifat timeless. Sempena pembukaan ini, jenama turut memperkenalkan sepuluh personaliti dan pencipta kandungan Malaysia—Arina Nasirudin, Art Lai, Belle Bong, Keyi, Nicaboo, Rachael, Sam Liew, Sam Wong, Shaffuan, dan Sherry Amin. Mereka adalah wajah yang akan bekerjasama dengan TOPTEN10 untuk mempamerkan interpretasi “Good wear” mengikut gaya peribadi masing-masing.

Pencipta kandungan Sam Liew berkata, “Bagi saya, ‘Good wear’ adalah pakaian yang terasa effortless, kelihatan bergaya dan sesuai untuk setiap bahagian hari saya. Bekerjasama dengan TOPTEN10 membolehkan saya menambah sentuhan peribadi sambil kekal setia kepada falsafah keselesaan, kualiti dan reka bentuk yang teliti.”
Sherry Amin pula menambah, “Saya menghargai betapa versatilnya rekaan TOPTEN10. Saya bereksperimen dengan tekstur dan siluet untuk menghasilkan gaya yang mencerminkan identiti saya sambil kekal selari dengan falsafah jenama.”
Dengan pembukaan ini, TOPTEN10 bukan sekadar memperkenalkan jenama, tetapi turut membawa pengalaman, warisan dan falsafah “Good wear” untuk menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia—ringkas, selesa dan penuh gaya.
Pautan berkaitan: LEVI’S® RAIKAN TAHUN KUDA DENGAN KOLEKSI LUNAR NEW YEAR
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.
PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?
Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.











