TRANSMUTASI TIMBERLAND & MADNESS
Perkataan “Transmutasi” bermakna perubahan atau konversi satu objek menjadi objek lain. Dengan ini, Timberland dan MADNESS (label fesyen terkemuka di negara China) dengan bangganya melancarkan koleksi kapsul “Transmutasi” mereka pada bulan November ini yang telah direka dengan kerjasama ikon fesyen streetwear kontemporari antarabangsa, Shawn Yue. Koleksi ini mempersembahkan beberapa jenis pakaian termasuk But 6 inci Kulit / Kain Gore-Tex®, Jaket Cruiser Gore-Tex® dan Bear Head Down Jaket.

Bertujuan untuk mengibaratkan But Kuning Timberland sebagai kasut yang boleh dipakai setiap hari, Shawn telah mereka bentuk semula but ikonik tersebut dengan stail peribadinya: memberikan kami but yang ‘rugged’ dan berfungsi tetapi juga ringan sebagai kasut sneakers. Dinamakan “TYPE-MD01”, but hasilan kolaborasi Timberland dan MADNESS ini diperbuat dengan beberapa campuran media termasuk nilon kalis air, dan kulit suede premium dengan mengabungkan keselesaan teknologi GORE-TEX® Performance. Teknologi ini membolehkan prestasi kalis air yang tahan lasak dan pernafasan but optimum untuk penggunaan luar, terutamanya dalam keadaan cuaca yang sentiasa berubah. Terlebih lagi, oleh sebab tapak dalam kasut berjenama Vibram® Morflex™, but ini bukan sahaja santai dan senang dicuci, ia tetap tahan lasak dan mengekalkan keringanannya. Oleh sebab kawasan permukaan besar, bawahan tapak kasut but ini membolehkan teknologi anti-slip yang menjaminkan stabiliti sepanjang hari.

Perekaan koleksi ini bertumpuan pada mengeluarkan koleksi pakaian yang mempunyai “Outdoor Capability” yang tinggi. Dengan penggabungan DNA “Outdoor” Timberland bersama gaya ala tentera MADNESS, mereka telah hasilkan pakaian yang mempunyai ketelitian dan bermutu. Dengan tambahan lapisan tudung hujan GORE-TEX® tiga lapis, GORE-TEX® Cruiser Jacket memberi penampilan yang lebih kontemporari pada bayangan jaket parka klasik M-65. Lasak serta kalis air dan angin, jaket ini juga membolehkan pernafasan optimum untuk meningkatkan tahap keselesaan dan perlindungan untuk kegunaan harian.

Down Jacket koleksi ini dihasilkan dengan menggunakan bulu angsa premium yang dianyam dengan kain baffle – konstruksi tiga dimensi anyaman baffle memberi bulu angsa dalam jaket ini ruang yang mencukupi untuk diisi maksimum supaya meningkatkan penebatana and pengekalan haba tanpa jahitan. Kedua-dua jaket ini dibina mengikut Sistem Lapisan Padanan (Compatible Layering System) Timberland di mana Down Jacket dan GORE-TEX® Cruiser Jacket boleh dipadankan untuk mewujudkan jaket yang terunggul. Lebih lagi, ia boleh dipadankan dengan jaket-jaket lain koleksi CLS Timberland.

Koleksi kapsul Timberland x MADNESS boleh didapati di mdnsonline.com pada 25hb November (Sabtu) atau di Timberland Mid Valley dan Timberland Pavilion serta kedai Crossover Sunway Pyramid dan City Square Johor pada 30hb November (Khamis). Koleksi ini terdapat dalam KUANTITI YANG AMAT TERHAD.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.











