TUKSEDO ALA ‘BDSM’ ADAM RIPPON CETUS KONTROVERSI
Olympics? Check! Next stop: Hollywood. Baru-baru ini berlangsungnya anugerah Oscar ke 90, meraikan kegemilangan sinema dan perfileman Hollywood di mana filem arahan Guilmermo Del Toro, The Shape Of Water menggungguli dengan merangkul antara dua anugerah utama, filem dan pengarah terbaik. Selain meraikan kehebatan filem, barisan pemain watak dan mereka di sebalik tabir, antara yang pasti mencuri tumpuan adalah barisan selebriti dan personaliti hadir memeriahkan karpet merah sebelum majlis berlangsung. Yang pasti, kehadiran seorang atlet mencetuskan kontroversi.

Ya, itulah yang terjadi apabila kehadiran peluncur ais Amerika Syarikat dan juga pemenang pingat emas di Pyeong Chang 2018 di karpet merah Oscar menjadi bualan ramai. Yang pasti, ramai yang tidak henti membicarakan tentang tuksedo yang disarungnya. Atlet berusia 28 tahun ini dilihat mengenakan tuksedo yang diinspirasikan dari salah satu aktiviti seksual popular iaitu BDSM yang bermaskud (Bondage, Discipline, Sadism, and Masochism). Apatah lagi, jelas kelihatan tali kulit kuda yang melintang di dada serta perincian di bahagian bahu! Adam nyata berani.

Adam Rippon ditemani Mirai Nagasu di karpet merah Oscar baru-baru ini.
Dengan kemeja putih di dalam, tuksedo Rippon tidak menutupi bahagian bahu. Sebagai gantinya, ia dihiasi dengan gesper dari bahagian depan ke bahagian belakang bahu. Nyata ini satu ekspersi Adam dalam berfesyen, tambahan pula dirinya tiada segan silu mengakui bahawa dia adalah seorang ‘gay’. Yang pasti, penampilan beliau dengan tuksedo ilham dari Jeremy Scott ini nyata mendapat pujian ramai termasuk dari Tyra Banks sendiri yang mengelar Adam “liar namun tetap fashionable”
“Bukan sahaja Adam seorang atlet yang hebat, dia adalah inspirasi kepada saya kerana keazamannya dan kelantangannya dalam bercakap apa yang benar serta memerangi ketaksuban dan kebencian dengan cinta dan kepintaran,” kata pengarah kreatif Moschino, Jeremy Scott. Nice work Adam!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 Mac 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.










