WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON
Koleksi kolaborasi UNIQLO dan JW ANDERSON untuk musim luruh/sejuk 2023 mengambil inspirasi daripada warisan tradisi Britain dan inspirasi kehidupan universiti.

Label ini bukan asing lagi bagi peminat fast fashion di negara ini. Kali ini, UNIQLO membuat kolaborasi dengan jenama fesyen popular, JW ANDERSON. Kerjasama ini menggabungkan kebijaksanaan LifeWear UNIQLO, direka dengan keperluan gaya hidup hari ini, dengan semangat yang sinonim dengan JW ANDERSON.

Mengulas mengenai koleksi baharu ini, pereka Jonathan Anderson menyatakan, “Untuk musim ini, matlamat saya adalah untuk menggabungkan gaya Britain klasik dan pakaian berinspirasi universiti vintage. Ia turut menyelit unsur-unsur moden serta fabrik teknikal untuk penampilan streetwear yang kontemporari.”
“Saya selalu menambah elemen yang tidak dijangka dalam gaya tradisional, dan saya gembira dengan apa yang telah kami capai dengan kolaborasi terkini ini,” tambah pereka asal United Kingdom itu.
Koleksi pakaian kolaborasi eksklusif ini akan mula didapati pada 9 November 2023.

KOLABORASI UNIQLO & JW ANDERSON UNTUK MUSIM LURUH/SEJUK 2023
Barisan pakaian lelaki untuk musim luruh/sejuk kali ini menampilkan kot trench berpinggang dan jaket wool pendek. Diikuti oleh kemeja flanel dengan pelbagai corak yang tidak sepadan dan jaket berkancing berbunga yang ditawarkan dalam warna-warna tanah. Selain itu, pullover jacquard, kolar krew akademik, wide-leg denim dan blazer yang direka adalah sebahagian daripada koleksi ini.
Walaupun koleksi keseluruhannya mengekalkan kontemporari dan sisi utilitarian UNIQLO, setiap helaian telah berjaya membawa ciri-ciri khas pendekatan reka bentuk JW ANDERSON.
Potongan longgar kot trench menawarkan penampilan segar yang melengkapi gaya uniseks untuk lelaki dan wanita. Kot duffle mempunyai potongan panjang dan pendek yang klasik tetapi kekal trendy. 

Parka Boa Fleece dalam warna asas yang kaya dan corak kotak-kotak, bersama dengan pakaian rajutan yang menampilkan motif haiwan yang menggemaskan, memberikan sentuhan musim yang menarik. Koleksi ini juga termasuk stoking HEATTECH, Beanie Souffle Yarn Knitted yang ringan dan berbulu, dan keperluan musim sejuk yang pasti memberikan keselesaan.


Koleksi kolaborasi kali ini terdiri sembilan item untuk lelaki dan empat item aksesori untuk melengkapi stail fesyen. Keseluruhan barisan produk akan tersedia di stor Fahrenheit88 terbaharu dan secara atas talian melalui uniqlo.co
Artikel Berkaitan: TREND SELUAR RELAXED-FIT BERSAMA UNIQLO
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.











