15 SEGAK DAN ANGGUN DI LACMA ART + FILM GALA 2023
Selain Oscar dan Met Gala, LACMA Art + Film Gala merupakan antara acara tahunan yang menampilkan stail karpet merah terbaik.
Dengan debut koleksi eveningwear Gucci Ancora Notte (rekaan pengarah kreatif baharu Sabato De Sarno) yang bertepatan dengan acara tahun ini, malam LACMA Art + Film Gala 2023 terasa lebih bergaya daripada biasa.
Acara yang dihoskan oleh Leonardo DiCaprio dan pemegang amanah LACMA, Eva Chow meriah dengan kehadiran bintang ternama dalam persalinan memukau mata.
Lihat beberapa gaya terbaik di LACMA Art + Film Gala 2023 pilihan GL
Jennifer Lopez & Ben Affleck
Pasangan suami isteri ini hadir menggayakan persalinan Gucci. JLo tampil seksi dalam gaun renda rona champagne bersama bustier sedondon. Kasut tumit emas, klac, rantai batu delima, anting-anting berlian dan gelang emas melengkapkan gayanya. Ben Affleck pula memilih sut klasik rona hitam.

Kim Kardashian
Pengaruh Barbie masih menguasai fesyen karpet merah. Kim tampil anggun dalam gaun couture Balenciaga rona merah jambu terang bersama sarung tangan opera hitam.

Andrew Garfield
Aktor ini menggayakan sut merah pulasan bersama perincian lis putih, salah satu rekaan pakaian formal lelaki pertama Sabato De Sarno untuk Gucci.

Salma Hayek
Bintang Mexico ini bersinar dalam gaun maksi dua tona berkilauan rekaan Gucci.

Lenny Kravitz
Tampil menghiburkan hadirin di pentas LACMA Art + Film Gala malam itu, penyanyi ini kelihatan segak dalam ves, celana kaki lebar dan jaket serba hitam. Kasut but runcing rona putih dan rantai statement memberi kontras pada penampilannya.

Daisy Edgar-Jones
Pelakon Inggeris ini memilih gaun Gucci rona hitam dengan perincian renda di dada dan belah tinggi hingga pangkal paha.

Pedro Pascal & Lux Pascal
Segak di sisi adiknya yang juga aktres, Pedro menyarung sut hitam dengan perincian lis putih rekaan Sabato De Sarno. Lux pula anggun dalam gaun renda glamor rona merah menyala.

Jessica Chastain
Pelakon ini tidak pernah kalah bergaya di karpet merah. Kali ini dia menggayakan gaun perak memukau yang dipadankan dengan beg tangan dan anting-anting sedondon.

A$AP Rocky
Penyanyi yang baru dikurniakan anak kedua ini turut menggayakan koleksi terbaru Sabato De Sarno. Sut klasik rona hitam menjadi pilihannya.

Lupita Nyong’o
Kehadiran Lupita dalam gaun jarang merah pulasan Gucci mencuri perhatian. Gayanya disempurnakan dengan rantai berlian dan solekan mata smoky.

Jesse Plemons & Kirsten Dunst
Muncul dengan fizikal lebih langsing, pasangan ini sama-sama menggayakan Gucci pada malam itu. Kirsten menyerikan penampilannya dengan barang kemas Briony Raymond.

Rose
Anggota Blackpink ini manis dalam gaun mini Saint Laurent yang dipadankan dengan stoking jarang dan aksesori rona hitam.

Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: FESYEN TERBAIK IKON HOLLYWOOD DI CINEMACON 2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.











