#WHATMAKESAMAN, ZEGNA DEKATI LIMA LELAKI ERA BAHARU
APAKAH PENGERTIAN LELAKI PADA MASA KINI? UNTUK SIRI KEMPEN #WHATMAKESMAN MUSIM LURUH 2021, ZEGNA TAMPILKAN LIMA LELAKI RAGAM IDENTITI UNTUK MEREFLEKSIKAN KEINDIVIDUAN. SEKALIGUS, MENGOLAH SEMULA FORMAT BERPAKAIAN LELAKI ERA BAHARU.
Apakah definisi lelaki pada masa sekarang? Apakah cabaran seorang lelaki? Apakah lelaki mahukan sekarang? Melangkah ke musim baharu, Zegna merungkai makna disebalik ‘lelaki’ itu. Manusia berkembang melalui kemampuan untuk maju dengan bentuk pemikiran baru tanpa melupakan perkara yang terjadi sebelumnya. Bergerak seiring dengan masa, musim ini kempen #WHATMAKESAMAN merefleksikan perubahan identiti dan pesona lelaki moden dan cara mereka berpakaian.
Mengolah semula almari pakaian yang bersifat kontemporari sebagai persediaan menghadapi lembaran baharu. Zegna melihat peluang yang luas untuk menjulang tema (RESET), menerokai idea kita tentang perihal yang membentuk lelaki hari ini.

Untuk koleksi musim luruh/sejuk 2021, konsep ini tidak semata-mata menafsirkan kisah di sebalik karyanya itu pada erti seutuhnya. Tersemat sebuah pernyataan untuk membuka koleksi yang penuh dengan intrik seni, dan kaya potongan yang memamerkan tubuh. Koleksi yang direka oleh Pengarah Artistik, Alessandro Sartori dedikasi golongan lelaki moden.
Mengertikan era baru dalam gaya dan identiti, inovasi pakaian Sartori adalah refleksi kepada kehidupan lelaki sekarang, dalam realiti baru ini di mana kita tinggal, bekerja dan bersantai di satu tempat. Ini adalah hasil inovasi progresif Zegna, kerana sempadan antara kehidupan yang terbuka dan privasi kian kabur. Energi tersebut diadaptasi ke pakaian, direka begitu berani dan menantang para lelaki untuk menerjemahkan gaya tersebut sesuai persona masing-masing. Trench coat dari kulit, parka, dan jaket labuh menambah estetika seni yang diadaptasi.
Diilhamkan oleh perubahan gaya hidup serta budaya semasa, Zegna lantas mengubah idea mewah dengan menghadirkan koleksi pakaian yang mudah dipakai. Definisi stail Zegna yang baharu diterjemahkan dengan mengubah pandangan pakaian formal dengan pendekatan baharu, iaitu membuat pakaian hibrid dan kefungsian sebagai ilham utama, yang Zegna kira sebagai Luxury Leisurewear.
Zegna memfokuskan semula kepakaran fabrik pada teknik jahitan dan kait pada kain lembut yang menggabungkan keselesaan mewah dengan jahitan tepat dan halus jenama Zegna yang terkenal. Lantas, mengolah semula penampilan mewah lelaki dalam kehidupan seharian.
Kempen (RESET) What Makes a Man musim luruh/sejuk 2021 menyaksikan perubahan paradigma dalam cara kita mengolah gaya dan kecanggihan, sedang kita menyusun semula gerobok pakaian serba baharu. Zegna sedang maju ke hadapan, dan pada hari ini Zegna menyusun semula pakaian dedikasi keselesaan yang berganda, sambil memegang prinsip rekaan yang berteraskan ketepatan rekaan.

Kempen Zegna musim luruh/sejuk 2021 menampilkan ‘modern voices’ yang berbeza-beza identiti dan kerjaya. Lima individu dari komuniti global yang memberi inspirasi termasuk dua model, seorang penari, pembeli fesyen dan jurugambar. Penampilan mereka dalam kempen mengolah kembali idea-idea lalu, untuk mempertimbangkan semula ciri-ciri maskuliniti moden dan menegaskan kembali nilai-nilai penting hari ini.
Semuanya mencabar kita untuk memikirkan kembali idea-idea kita yang sudah ada sebelumnya, untuk mempertimbangkan semula batas-batas maskuliniti moden dan menegaskan kembali nilai-nilai yang benar-benar penting hari ini.
“Cara lelaki moden berpakaian, keperluan dan kebiasaan asas mereka telah banyak berubah sejak beberapa tahun lalu. Konsumer sekarang mencari stail yang berbeza kerana mereka beralih ke siluet yang lebih bebas dan pakaian yang praktikal dan selesa. Oleh itu, pakaian harus beralih dengan lancar antara dalaman dan luaran untuk mencerminkan cara kita bertindak dan merasa,” kongsi Sartori.
Melanjutkan lagi kempen, Zegna turut memfokuskan kepada koleksi ‘The New Jacket’, merangkumi helaian kemeja, yang bertindak sebagai opsyen lain untuk blazer. Koleksi kasut the Triple Stitch Sneaker juga antara yang menjadi taruhan utama. Diperbuat daripada fabrik bulu 14MILMIL14 yang dikitar semula.
#WHATMAKESAMAN
Artikel berkaitan: COACH LANCARKAN “WITH FRIENDS”, DIALOG POSITIF BERSAMA SAHABAT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TOPTEN10 TERBANG DARI KOREA SELATAN KE MALAYSIA
TOPTEN10 Malaysia secara rasmi meraikan pembukaan kedai pertama di Sunway Pyramid. Ini menandakan kemasukan jenama fesyen Korea ini ke pasaran tempatan dengan penuh gaya dan identiti. Pelancaran ini menghidupkan falsafah “Good wear” menerusi pengalaman imersif yang meraikan warisan Korea, keselesaan harian dan reka bentuk yang praktikal. TOPTEN10 diasaskan pada tahun 2012 oleh Shinsung Tongsang Co.,…
KENALI JEMPUT DENGAR, MERAYAKAN MUZIK, GAYA & INSPIRASI MERENTAS GENERASI
"Individu impian saya untuk bekerjasama ialah Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah dan Francissca Peter," Jemput Dengar.
5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur dihadiri dengan butik-butik baharu dalam dunia fesyen yang menambah lagi kemeriahan di kota sibuk ini.
JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU
GLAM Lelaki mencipta sejarah dengan bintang Thailand pertama menghiasi muka depan. Istimewa penutup 2025, GLAM Lelaki tampilkan James Jirayu.
HAKIM PARKER, “JANGAN BERHARAP UNTUK “NASIB BAIK” TANPA USAHA YANG SEBENAR.”
Hakim Parker, content creator dan pengasas podcast ‘Borak Space’ yang membawa gelombang baharu, terus mencorak ruang digital tempatan.
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.













