ZEGNA WHAT MAKES A MAN 2021
ZEGNA MELANJUTKAN SIRI KEMPEN “WHAT MAKES A MAN” DEDIKASI HIMPUNAN MUSIM BUNGA/PANAS 2021. MENGETENGAHKAN DEFINISI YANG PELBAGAI DENGAN MENYENTUH PERSOALAN-“WHAT MAKES A MAN?” ISTIMEWANYA MUSIM INI, ZEGNA MENAMPILKAN PASANGAN IBU DAN ANAK SELEBRITI, ISABELLE ADJANI DAN GABRIEL-KANE DAY-LEWIS MEMBICARAKAN TENTANG KEAKRABAN, HUBUNGAN KEKELUARGAAN DAN NILAI-NILAI YANG MEMBENTUK JATI DIRI MEREKA.
Kempen “What Makes A Man” olahan Zegna cukup cemerlang penghasilannya dan memberi kesan memberangsangkan, sejak ia diperkenalkan. Pada musim-musim yang lalu, beberapa lelaki yang berlatarkan bidang kerjaya yang berbeza, terpilih untuk menghiasi kempen tersebut. Nicolas Tse dan Mahershala Ali antara yang terlibat.
Istimewanya musim ini, Zegna beralih kepada fokus yang lain iaitu pasangan ibu dan anak. Namun, masih mengekalkan tema yang serupa, “What Makes A Man”. Bersesuaian dengan kelangsungan era baharu, tema asal dikekalkan, pun begitu perspektif yang lain diketengahkan. Untuk kali ini, ia menyentuh nilai perhubungan antara ibu dan anak.
Kempen #WHATMAKESAMAN 2021, membicarakan tentang “What makes my man?” Kempen tersebut dihasilkan dengan menggunakan pendekatan ala potret peribadi, untuk menonjolkan aspek personal. Gambaran yang lebih jelas dan bersifat peribadi. Keseluruhan kempen berhasil merakam imej keakraban ibu dan anak, Isabelle Adjani dan Gabriel-Kane Day-Lewis. Kedua-duanya menceburi kerjaya dalam bidang seni lakon. Sama seperti bapa Gabriel, pemenang Oscars, Daniel Day Lewis yang merupakan antara pelakon yang disegani. Ternyata, bakat seni bapa dan ibu, diwarisi oleh Gabriel.
Melalui kempen video tersebut, Isabelle yang banyak barkongsi kata-kata yang disampaikan dengan cukup santai. Isabelle memulakan perbualan dengan berkata, “Sometimes my son sounds like he has an old soul.” Disambungnya dengan kata-kata yang menggambarkan identiti sebenar anak kesayangannya itu.
Tambah Isabelle lagi, anaknya punya falsafah yang indah lagi mendalam mengenai cinta, kebaikan dan kemurahan hati. Syot diteruskan lagi dengan klip ibu dan anak itu merenungkan pelajaran dan nilai-nilai yang membentuk Gabriel-Kane sebagai lelaki. Dan menyatakan betapa pentingnya membesar dengan prinsip-prinsip positif.
Penghasilan kempen disemarakkan lagi dengan panorama Oasi Zegna, yang menjadi latar tempat penggambaran kempen. Oasi Zegna dipilih sebagai lokasi kerana ia merupakan tempat kelahiran jenama Zegna. Gabriel ditata dalam rekaan Zegna musim bunga/panas 2021, yang dibayangkan dalam siluet lembut dan warna bersahaja, yang secara kreatifnya mencerminkan pemandangan indah Oasi Zegna. Paduan gaya tersebut menterjemahkan gaya lelaki moden.
Seiring berjalannya musim, Zegna akan meminta komuniti global Modern Voices untuk merenungkan persoalan “What makes me “me”? (Apa yang membuat saya “saya”? Mengemukakan soalan ini secara peribadi, Zegna mendorong ‘authenticity’ dan introspeksi dalam kitaran masa. Zegna berharap ia dapat bersatu dan mula menemui apa yang menjadikan kita “kita”.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-IQIE
Iqie atau nama sebenar, Syed Mir Iqbal memiliki stail yang luar biasa, moden dan berani juga mencerminkan perjalanan seninya dalam muzik.
7 PERKARA MENARIK TENTANG PELAKON YUSUF BAHRIN
Ketahui 7 perkara menarik tentang Yusuf Bahrin yang mungkin anda belum tahu! Pelakon dan suami kepada Zizi Kirana.
NARATIF GAYA IDRIS KHAN BERSAMA MONTBLANC
Montblanc memperkenalkan koleksi baharu diinspirasikan dari kaki Gunung Mont Blanc dengan siluet lebih ringan dan rona bumi yang menenangkan.
DANIEL FLEISCHER, “GAYA YANG TERBAIK SENTIASA DATANG DARI KEASLIAN DIRI”
Daniel Fleischer telah memulakan kerjaya modelling sejak umur 18 tahun lagi. Kini dia semakin matang dalam menyusun kerjayanya, yang mana telah berkembang sebagai seorang DJ dan pemilik kafe.
GELOMBANG BUDAYA ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR
Bertemakan “The Original”, memberi penghormatan kepada legasi kasut ikonik adidas Superstar. Pop-up ini direka sebagai satu pengalaman imersif yang berpusatkan komuniti, menggabungkan budaya jalanan global dengan sentuhan kreatif tempatan.
5 WAJAH LELAKI MASA KINI MENJADI REBUTAN JENAMA LOKAL
Kenali lima wajah lelaki masa kini yang semakin menjadi pilihan utama jenama lokal, seperti Pipi Razi dan Hadri Hashim.