KLFW 2025: SOROTAN KOLEKSI TERBAIK DARI PENTAS.
1. Kit Woo: The Earth is Flat
Membuka tirai minggu fesyen, koleksi SS25 Kit Woo yang bertajuk The Earth is Flat merupakan sebuah kajian teliti terhadap permainan volum dan siluet. Sebanyak 23 rekaan berkonsep gender-neutral ini membina daripada penerokaan struktur yang menjadi tanda tangan pereka tersebut, menggunakan teknik hunchback drapes, lipatan berbentuk bumerang, serta binaan modular.
OUTDWELL · UGLYPRETTY · HUNTILANAK
Label baharu di KLFW 2025 yang tampil dengan pendekatan eksperimental, penuh dengan estetika urban streetwear dan visual avant-garde. Berani, segar dan sangat kontemporari.
Air Asia: Raja Irfan · MeiMei · Salahuddinhilmi
Air Asia memperkenalkan tiga pereka baharu, Raja Irfan, Mei mei dan Salahuddin Hilmi dengan koleksi sulung mereka di KLFW 25. Dolla wajah kempen Asean Air Asia juga turut hadir untuk persembahan pembukaan pertunjukkan fesyen itu.
Fairuz Ramdan × Umbro
Gabungan streetwear kontemporari dari Umbro dengan sentuhan kreatif pereka tempatan menghidupkan semangat sukan urban yang berani dan segar.
Hatta Dolmat: Perahu Kertas
Koleksi simbolik penuh emosi, terinspirasi daripada lipatan perahu kertas sebagai metafora perjalanan profesional dan peribadi. Gaya minimalis dan tenang, menggunakan fabrik seperti kapas, linen dan denim nipis penuh makna tanpa terlalu glamor.
Syomirizwa Gupta: Disco & Resort Fusion
Pertunjukan Syomirizwa Gupta memadukan keselesaan resort wear dengan kemewahan era disko. Runway dibuka dengan letusan warna-warna tepu menerusi fabrik linen ringan dalam tona sitrus, sebelum beralih kepada evening wear monokrom yang menangkap energi pentas KLFW 25.
TACT Airport: Functional Elegance in Transit
TACT Airport memperkenalkan perspektif baharu terhadap workwear melalui kaca mata pengembara tegar. Gaun kemeja berpotongan tailored, set satin koordinat, dan rajutan berlapis digayakan bersama kaca mata hitam bergaya dari Sunglass Hut serta beg troli RIMOWA.
Hasilnya ialah visi yang padu tentang keanggunan fungsional, busana yang mampu bergerak lancar dari terminal lapangan terbang ke mesyuarat profesional, direka untuk gaya hidup moden yang sentiasa bergerak.
Uzair Shoid: Warisan yang Bernafas Dalam Ritma Moden
Koleksi yang mengalir penuh budaya yang menyatukan elemen warisan tenunan atau motif tradisional ke dalam siluet moden (Heritage in Motion), menjadikannya relevan dan dinamik.
MSYD: Legend Dystopia
Naratif futuristik dan dystopian yang gelap; rekabentuk ekstravaganza, tekstur futuristik dan aura dramatik memenuhi runway dalam impian cyberpunk.
BEHATI Warisan dalam Layar Cerita
Gaya dramatik yang dibalut warisan. Couture dengan ‘bold design line’, kaya dan berpengaruh, menarik perhatian dan meninggalkan kesan emosional.
Artikel Berkaitan: RECAP KLFW 2025: 10 MODEL KLFW 2025 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 ACARA DI KUALA LUMPUR HUJUNG MINGGU INI
Hujung minggu di Kuala Lumpur akan sentiasa dipenuhi dengan acara-acara menarik buat peminat konsert, makanan mahupun seni.
50 TAHUN BERSAMA ATLET DAN BAKAT IKONIK MALAYSIA.
Oakley menghimpunkan atlet dan bakat ikonik Malaysia di ‘The Bunker' bagi memperingati legasi dalam sukan dan budaya.
RAJA IRFAN, BAKAT BAHARU FESYEN MESTI KENALI
Raja Irfan antara pereka fesyen generasi baharu yang cukup berpotensi. Koleksinya bertumpu pada rekaan wanita. Maybe menswear soon?
PEMBUKAAN SEMULA UNIQLO MIDVALLEY MEGAMALL OGOS INI
Selepas pengubahsuaian baharu, UNIQLO Mid Valley akhirnya akan membuat pembukaan semula dengan rekaan dalaman yang lebih menarik.
CARA MEMILIH GAYA POTONGAN RAMBUT MENGIKUT BENTUK MUKA LELAKI
Pemilihan gaya potongan rambut mengikut bentuk muka lelaki sangat penting lebih-lebih lagi apabila rambut merupakan mahkota lelaki.
GAYA SELEBRITI DI KLFW 25: HIT OR MISS?
Lihat himpunan gaya selebriti di KLFW 2025 dari busana memukau hingga eksperimen fesyen berani. Hit atau miss? Kami ulas semuanya di sini.