ZAYN MALIK LANCARKAN KOLEKSI VERSACE DENGAN BELLA HADID
Koleksi kolabrasi penyanyi terkenal Zayn Malik bersama Versus Versace kini tiba! Koleksi yang diberi nama Zayn X Versus ini turut menampilkan Bella Hadid, iaitu adik kepada teman wanita Zayn, Gigi Hadid. Bella bertanggungjawab memperagakan barisan koleksi fesyen diversi wanita.


Jelas Zayn lagi, “Semasa saya membersar di Bradford, England saya seringkali menyarung stokin Versace. Tidak sangka satu hari nanti saya dapat mereka rekaan saya sendiri. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Donatella Versace kerana membenarkan saya meneruskan impian saya ini”.

(Photo credit: JustJared)
Pertama kali bekerjasama dengan Bella, penyanyi berusia 20 tahun itu menganggap Bella sangat profesional dan banyak mengajarnya dalam beraksi di hadapan kamera. Bekas ahli kumpulan One Direction itu turut mengakui teman wanitanya, Gigi turut sama terlibat dalam proses rekaan barisan koleksi ini.

(Photo credit: JustJared)
Koleksi ini sudah mula dijual bermula 19 haribulan di laman rasmi versusversace.com dan di pasaran pada 28 haribulan nanti, berikutan perasmian butik ini yang akan diadakan di New York di mana hasil kutipan jualan disalurkan ke badan kebajikan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.










