Skip to content

ILHAM JAHITAN EKSKLUSIF DARI CUFFZ

Kongsikan artikel ini

CUFFZ, jenama pakaian lelaki yang kini mengorak langkah dalam penghasilan pakaian bermutu dengan jahitan eksklusif yang diilhamkan di kota London. Diinpirasi dari perincian rumit jahitan Jermyn Street yang begitu terkenal, CUFFZ menawarkan akses kepada pakaian lelaki melalui variasi jaket, seluar, baju, tali pinggang serta aksesori yang melengkapkan gaya budiman seorang lelaki sejati.


Kepelbagaian item dalam barisan kemeja, jaket, jaket sukan dan seluar yang ditawarkan memastikan setiap lelaki hadir dengan gaya terbaik untuk setiap acara. Selain itu, CUFFZ juga menyimpan koleksi khazanah kafling terbesar di dunia yang terdiri dari pelbagai bentuk dan saiz, sehinggalah kepada edisi terhad buatan tangan menggunakan hanya batu permata dan logam yang terbaik.


Malah, kesungguhan CUFFZ dalam perincian boleh dilihat menerusi kompilasi pakaian lelaki berseni yang ditawarkan dengan kelapak pin funky, tie bow berwarna-warni, sarung kaki licin serta suspender yang ranggi. Yang pasti, kami tidak sekadar menghasilkan pakaian untuk pemakaian seharian, kami turut menginspirasi.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.cuffz.com serta laman sosial Facebook: Cuffz dan Instagram @mycuffz.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 10 Julai 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut

DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut

AINA ABDUL X MELINDA LOOI: APABILA FESYEN JADI PERSEMBAHAN

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut