3 TIP MEMILIH LIFTING PARTNER
Motivasi serta dorongan diperlukan dalam apa jua yang kita lakukan, termasuklah ketika bersenam di gim. Lifting ataupun rutin mengangkat bebanan pasti bukan mudah. Atas sebab itu, anda digalakkan untuk mempunyai seorang lifting partner dalam memberikan galakan serta sokongan semasa anda workout dalam impian mendapatkan tubuh idaman. Namun memilih seorang lifting partner adakala sukar dan kesilapan pemilihan boleh membantutkan semangat anda. Oleh itu, GL senaraikan 3 tip pemilihan lifting partner yang berkesan.

1. LIFTING PARTNER KENA LAGI HEBAT
Pertama sekali, anda perlulah memilih seorang yang boleh dikira lebih hebat dari anda dari segi pengalaman, kondisi badan dan keupayaannya. Jangan pula anda memilih lifting partner yang masih baru. Pilihlah rakan-rakan anda yang mampu untuk memberikan anda motivasi dan nasihat berguna. Dan yang paling penting, anda perlu percaya yang dia mampu untuk menyokong dan membantu anda.
2. BIJAK BERI MOTIVASI
Lifting partner bukan bertindak membantu anda untuk mengangkat bebanan di kala anda bergelut dengan besi, namun perlu bijak dalam memberikan kata-kata dorongan. Ini kerana ada sesetengah lifting partner bukan mahu memberikan motivasi, namun sebaliknya. Menggunakan kata-kata kesat dan seterusnya melemah dan menghancurkan harapan dan impian anda.
3. MEMILIKI FIZIKAL IDAMAN ANDA
Sudah pasti pemilihan lifting partner mempunyai kondisi tubuh idaman yang anda idaman. Secara tidak langsung anda akan lebih bersemangat untuk bersenam dengan lebih konsisten. Misal kata, sekiranya anda ingin shredded, pilihlah seseorang yang turut memiliki tubuh shredded.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 Julai 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.










