UNIQLO KINI JUAL PAKAIAN MENERUSI ‘VENDING MACHINE’
Anda risau apabila tiba saja anda di lapangan terbang, anda rupa-rupanya terlupa untuk membawa baju sejuk. Jangan risau. Uniqlo ada jalan penyelesaiannya. Uniqlo, jenama pakaian gaya hidup dari Jepun melangkah setapak lagi ke hadapan dalam industri fesyen apabila jenama itu sudah mula menjual produk pakaian mereka melalui perkhidmatan mesin layan diri yang bukan saja mudah diakses, malah senang untuk digunakan! Khabarnya, strategi pemasaran ini bermula dengan menempatkan beberapa mesin layan diri di area bertrafik tinggi seperti lapangan terbang serta pusat membeli belah.

Berdasarlam laman telegraph, 3 lokasi utama yang bakal menerima mesin layan diri tersebut adalah di Pusat Membeli Belah Hollywood & Highland Center, Los Angeles (bermula dari Ogos 10), Lapangan Terbang Houston (bermula Ogos 17) and Pusat Membeli Belah New York’s Queen Center (bermula Ogos 22).

Buat masa ini, mesin layan diri ini sudah mulai ditempatkan di serata Amerika Syarikat. Dan jika taktik ini menjadi, kemungkinan besar mesin layan diri ini akan mula diperkenalkan di seluruh dunia. Strategi permasaran ini ternyata cukup berkesan buat mereka yang tiada punya masa untuk ke butik mahupun melayari laman jual beli atas talian. Dengan adanya vending machine tersebut, ia ternyata memudahkan mereka yang ‘always on the go’.


Selain itu, taktik ini juga dikira pintar kerana tanpa perlu memikirkan kos operasi yang tinggi, jenama Uniqlo bakal terus dikenali dan mendapat perhatian awam. Sama-sama kita nantikan sama ada mesin layan diri Uniqlo ini akan singgah ke Malaysia atau tidak?
Oleh Wan Mohd Firdaus, 8 Ogos 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.










