IDEAL & KEKINIAN TARGUS TRANSIT 360° SPINNER
Kembara singkat kini lebih mudah dan teratur dengan bagasi saiz kabin terbaru persembahan targus. Targus transit 360° spinner yang dilengkapi pelbagai kemudahan siap menemani tiap langkah perjalanan anda. Katakan ya kepada ‘hassle-free travels’.
‘Travel smart’ merupakan intipati utama persembahan bagasi Targus yang terbaru. Membariskan deretan bagasi saiz kabin, Targus Transit 360° Spinner mengutamakan keselesaan pemilik, di mana terdapat ajnas kelengkapan unik yang dipaparkan. Mengkhusukan si kelana profesional, bagasi ini ditingkatkan dengan adanya ruang di depan dengan penataan sekat untuk peralatan gajet sehingga mampu memberikan rasa aman pada barang berharga saat ia dibawa berpelesir.
Ruang tersebut membolehkan gajet penting seperti laptop bersaiz 15.6” dan iPad disimpan dengan rasa selamat supaya tidak menganggu masa perjalanan anda. Seksyen tengah sengaja ditumpukan untuk ruang penyimpanan gajet. Kerana ia berhasil melindungi gajet daripada bergegar atau calaran yang tak diingini.
Targus Transit 360° Spinner menjanjikan keselamatan optimum serta perlindungan buat kelengkap gajet yang dibawa bersama. Keringan bagasi sebanyak 3.5 kilogram menambahkan lagi sebab mengapa ia perlu dimilik segera.
Teknologi yang luar biasa dipertaruhkan terhadap bagasi kembara Targus. Lapan roda dikemukakan pada setiap bagasi yang membenarkan ia dipusing 360° tanpa sebarang gangguan. Membolehkan ia mudah ditarik dan ditolak pabila perlu. Amat praktikal sekiranya pemilik bergegas menuju ke destinasi tertentu. Seperti mana yang pernah saya alami, sewaktu kembara saya ke Manila bulan lalu, perjalanan bertambah mudah dan tersusun dengan kelengkapan Targus Transit 360° Spinner. Item penting seperti komputer riba, pakaian, kasut kasual, kasut sukan, produk gromming dan pengering rambut bisa dibawa bersama. Kerana ruang luas yang terdapat dalam bagasi ini. Tiada item penting yang terpaksa ditinggalkan.
Fungsi pelaras yang membolehkan kandungan beg bertambah 30 peratus lebih besar, membolehkan apa sahaja keperluan peribadi dibawa. Bukan apa, travel light bukan boleh dipakai lagi buat golongan profesional masa kini. Everything needs to bring along. Bolehlah, sut atau tuksedo dimuatkan ke dalam bagasi ini. Ternyata, Targus Transit 360° Spinner diangkat sebagai bagasi kembara singkat paling sempurna.
Di samping itu, kunci Travel Sentry Approved (TSA) yang turut mengakomodasi pembuatan bagasi ini, memberi keselamatan sepenuhnya agar item yang terkandung dalam beg dijamin keselamatannya. Oleh itu, pemilik tak perlu risau untuk membawa barang-barang berharga bersama pabila kembara. Lebih mengujakan, Tragus Transit 360° Spinner menghadirkan warna-warna minimalis moden seperti hitam, biru dan merah. Stylish kala kembara? Itu sudah menjadi kemestian.
Oleh GLAM Lelaki
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN
Selepas menghasilkan lebih 100 koleksi selama 38 tahun, Dries Van Noten bakal mempersembahkan koleksi terakhirnya pada musim panas ini.
GLAM LELAKI MOST STYLISH 2023
2024 is just around the corner! Jadi ini lah masa yang tepat untuk kita lihat siapakah lelaki yang paling stylish bagi tahun 2023 ini.
10 MOMEN FESYEN KARPET MERAH TERBAIK SEPANJANG 2023
Memandangkan 2023 bakal berakhir, tiba masa untuk meninjau kembali gaya selebriti dan fesyen paling menyerlah di karpet merah berprestij.
8 MOMEN FESYEN TERBAIK POWER COUPLE HOLLYWOOD PADA 2023
Gaya Taylor Swift dan Travis Kelce mencuri perhatian baru-baru ini. Bagaimanapun stail pasangan Hollywood lain tidak kurang hebatnya.
10 STAIL SELEBRITI LELAKI YANG MENCURI PERHATIAN DI FASHION AWARDS 2023
Tinjau gaya segak selebriti yang mencuri perhatian lensa kamera di Fashion Awards 2023 bertempat di Royal Albert Hall London.
10 GAYA SEGAK SELEBRITI DI KARPET MERAH ACADEMY MUSEUM GALA
Karpet merah Academy Museum Gala 2023 diserikan dengan kemunculan bintang dalam persalinan memukau daripada pereka ternama.