Skip to content

TRANSFORMASI NEKAD ALIF ZAMAN

Kongsikan artikel ini

Pertemuan GL bersama pemuda ini bermula dari satu sapuan imbas melalui tanda pagar #mrbrotherhood2017. Melihat dirinya beraksi di atas pentas pertandingan bina badan, cukup menyedarkan tiada apa mustahil dalam mengejar mana-mana impian. Walau masih baru malah belum ada gelaran dibawa pulang bersama, namun determinasi dan keberaniannya mencabar diri wajar dijadikan inspirasi buat remaja seusianya di luar sana. Diharapkan penampilan eksklusifnya bersama kami ini dapat membuka peluang buat dirinya untuk terus maju ke hadapan. Jom baca temubual ekslusif penulis bersama Alif Zaman.

Pakaian: Salt N Pepper

GLAM Lelaki: Boleh anda ceritakan serba sedikit tentang diri anda?

ALIF ZAMAN: Baiklah. Pertama kali saya ingin ucapkan jutaan terima kasih buat penulis kerana sudi menampilkan saya dalam ruangan ini. Nama saya Muhammad Alif bin Zaman, berumur 21 tahun dan lahir pada 24 Mac 1996. Lebih mesra dipanggil Alif atau Alep. Saya masih lagi seorang pelajar dan sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains sukan di UiTM Seremban 3. Hobi semestinya bersenam di gim dan futsal. Selain itu, saya juga meminati sukan bola sepak dan saya seorang peminat tegar kelab Manchester United.

GLAM Lelaki: Bagaimana anda boleh melibatkan diri dalam bidang kecergasan?

ALIF ZAMAN: Sebelum ini saya memang aktif dalam sukan bola sepak sejak di bangku persekolahan lagi, malah sempat mewakili pasukan UiTM Seremban 3 pada semester 1 hingga 3 sebelum menceburi bidang bina badan. Jadi, sewaktu semester 4, saya tidak nampak masa depan dalam sukan ini lagi. Mungkin kerana ramai lagi yang berbakat di luar sana, jadi tekad untuk mencuba perkara baru. Dan pada masa yang sama, saya juga kini sedang mempelajari sains sukan di mana mungkin suatu hari nanti boleh membantu saya dalam bidang bina badan. So actually I’m trying to applied what I’ve learned ever since. Dan dari situ, saya mula mula obses dengan berpeluh di gim.

GLAM Lelaki: Boleh anda ceritakan serba sedikit tentang transformasi diri anda dari dulu dan kini sasa dan tegap?

ALIF ZAMAN: Oh dahulu badan saya agak kurus. Tidaklah terlampau kurus cuma saya rasa saya perlu mengubah keadaan diri agar tampil lebih berisi. Saya baru berjinak-jinak dalam mengangkat bebanan di gim sejak 2 tahun yang lalu. Alhamdulillah, banyak perubahan ketara pada fizikal saya.

Transformasi diri Alif Azman (Instagram @alifzmn)

GLAM Lelaki: Kongsikan pula dengan rutin kecergasan harian anda?

ALIF ZAMAN: Rutin harian saya rasa sama saja seperti atlet di luar sana, cuma yang bezanya saya masih menuntut di institusi pengajian tinggi. Jadi dari pagi sampai petang saya mengikuti kelas dan malam saya akan ke gim. Sebagai seorang yang masih baru, saya perlu bijak dalam mengatur jadual kerana as you know as a student we got lot of works or discussion to do but but I managed to divided my time well. Sesibuk masa pun, saya mesti akan mencuri sedikit masa untuk ke gim.

GLAM Lelaki: Siapakah idola mahupun inspirasi anda dalam bidang kecergasan.

ALIF ZAMAN: Idola atau atlet yang menjadi inspirasi kepada saya ialah Jeremy Buendia, pemenang Mens Physique Olympia empat kali berturut turut. Saya pasti ramai atlet lain turut mengenali beliau. Berbeza karakter daripada yang lain, walau dengan sikap egonya yang tinggi dan sering dibenci lain namun beliau tetap meneruskan objektif untuk memenangi kejohanan. Dengan mengikuti beliau di laman sosial rasminya saya dapat lihat cara beliau menjalani latihan demi latihan dan itu menjadi sumber inspirasi saya dalam bidang ini.

GLAM Lelaki: Apa yang anda ingin buktikan apabila mulai terlibat dalam dunia kecergasan?

ALIF ZAMAN: Sudah semestinya saya ingin terus maju ke hadapan, saya yakin dan percaya pada satu hari nanti saya juga akan berada di atas pentas bersama atlet yg lain, membawa pulang apa saja gelaran dalam mana-mana kejohanan. Walaupun tidak memenangi apa apa dalam kejohanan Mr Brotherhood 2017 baru baru ini, tetapi ia kejayaan buat diri, kerana saya sudah ‘mengalahkan’ diri saya sebelum ini.

Pakaian: Under Armour Fall Winter 2017

GLAM Lelaki: Nasihat buat mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang kecergasan?

ALIF ZAMAN: Nasihat saya buat semua yang baru atau ingin berjinak jinak dalam bidang ini ialah untuk teruskan objektif anda. Tetapkan apa sasaran anda dan teruskan usaha sehingga ia tercapai, tak kisah lah jika anda mahu kurus kah, mahu sador kah pedulikan apa orang lain kata dan jangan berhenti! Sejujurnya ia memang akan mengambil masa yang lama tetapi bila anda sudah lihat perkembangan pada diri, anda pasti mahukan lagi. Memang akan ada orang yang membenci atau tak senang melihat kita berjaya, percayalah perkara itulah yg membuatkan kita terus kehadapan. Terima kasih.

Penyelaras / Teks / Konsep / Penata Gaya: Wan Mohd Firdaus | Foto: Instagram @fantomphotos/ | Pakaian: UNDER ARMOUR Fall Winter 2017 @underarmourmy & Salt n Pepper @saltnpepper_my| Lokasi: Xclusive Fitnesz Seksyen 13 Shah Alam / @xclusivefitnesz

# Bagi anda yang ingin tampil secara eksklusif dalam GLAMLELAKI.MY untuk ruangan Transformasi Zero2Hero, anda boleh PM atau DM Facebook & Instagram @glamlelaki, atau penulis di Instagram @wanmohdfirdaus.

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut