LEVI’S DAN GOOGLE HASILKAN JAKET PINTAR
Syarikat denim popular, Levi’s baru-baru ini bergabung dengan sebuah firma teknologi terkenal, Google dalam menghasilkan jaket denim yang dicipta khas untuk berhubung dengan telefon pintar. Khabarnya, jaket berkenaan menggunakan fabrik berteknologi tinggi yang berfungsi sebagai penghubung. Walau kelihatan seperti jaket yang biasa, Commuter Trucker Jacket with Jacquard by Google ini direka khas untuk kedua-dua gender, lelaki dan wanita, jaket denim biru gelap ini juga mengekalkan keselesaan seperti denim Levi’s yang lain kepada si pemakai.

Teknologi jaket ini boleh didapati di bahagian lengan sebelah kiri yang diperbuat daripada bahan denim yang sedikit berbeza yang telah ditenun dengan benang konduktif, membolehkan lengan bertindak sebagai pad sentuh interaktif untuk jaket. Malah, touchpad ini dikuasakan oleh “tag” yang boleh dicas semula dan diaktifkan melalui bluetooth. Dengan hanya menyentuh bahagian lengan pada jaket tersebut, pemakai boleh memberhentikan atau melangkau susunan lagu serta dapat menggunakan aplikasi Google Maps tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar daripada poket. Hebat bukan!


Dikuasakan oleh Sistem Jacquard, jaket ini turut dilengkapi butang yang menghubungkan benang dalam poket jaket ke peranti pintar di mana ia sesuai digunakan untuk telefon pintar jenis Android atau iOS. Malangnya, jaket jean ini ialah kainnya yang hanya boleh bertahan dibasuh selama 10 kali sahaja kerana bahagian lengannya yang sensitif. Khabarnya, jaket ini hanya dijual di beberapa premis terpilih di Amerika Syarikat sebelum dipasarkan melalui laman web rasmi Levi’s dan dianggarkan bernilai sekitar AS$350 (RM1,472).

Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Oktober 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.










