Skip to content

JOE ALWYN X PRADA MUSIM LURUH/PANAS 2018

Kongsikan artikel ini

Wah sejak digosipkan berpasangan dengan penyanyi Taylor Swift, populariti aktor Britain Joe Alwyn terus mendadak naik selepas dirinya dilamar menjadi wajah eksklusif untuk kempen terbaru musim luruh / panas 2018 jenama pakaian popular Prada. Well done Joe!  Sejak membintangi filem Ang Lee ‘Billy Lynn’s Long Halftime Walk dan mendapat pujian ramai dari para pengkritik, menjanjikan tahun yang menguntungkan buat aktor 27 tahun ini.

Untuk kempen eksklusif ini, Joe bekerjasama dengan jurugambar terkenal Willy Vanderperre untuk beberapa shot menarik, termasuk di Galleria Vittorio Emanuele II, Milan, Itali. Antara koleksi yang disarung Joe untuk kempen ini termasuk sut, kemeja, beg sandang dan lain-lain.

Malah khabarnya pengambaran ini diilhamkan oleh novel grafik yang memaparkan Joe yang digambarkan sebagai “hero pra-moden Prada.” Selain itu, jelas jurucakap Prada, Prada menggambarkan Joe sebagai “bintang filem muda yang semakin meningkat” malah melabelkan  Alwyn sebagai protagonis Prada serba baru dengan imej-imej ini. Dia seorang penakluk, pengembara dan idola. Satu penjelmaan baru yang pasti heroik dan ideal untuk lelaki Prada.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 9 November 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut

5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut