Skip to content

“BUKAN MENGHUKUM, CUMA MEMPERBETULKAN”. TEGURAN DR BENI RUSANI BUAT ‘DOKTOR INSTA-FAMOUS’

Kongsikan artikel ini

Doktor, bukan semata profesion. Ia satu tanggungjawab dan ia bukan mudah. Kerjaya ini memerlukan pengetahuan, kemahiran klinikal dan sikap bagi membentuk seorang doktor yang profesional. Namun, lambakan ‘doktor’ insta famous di sosial media yang kononnya arif dalam ilmu perubatan dilihat terlampau yakin berkongsi suatu fakta mahupun tip sama ada atas tujuan berkongsi dengan pengikut mahupun kelangsungan business. Walau apa jua niat mereka, perkara ini secara tidak langsung menimbulkan kerisauan termasuk di kalangan doktor profesional termasuklah Dr Beni Rusani yang tular selepas lantang menegur seorang insta famous baru-baru ini dek penyebaran tip kecergasan yang mengelirukan. Lalu GL menghubungi beliau sendiri bertanyakan pandangan peribadi tentang isu ini. Semoga bermanfaat buat semua.

GLAM Lelaki: Boleh DR Beni kongsikan serba sedikit tentang diri anda?

DR BENI RUSANI: Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penulis kerana sudi menemubual saya. Baiklah, nama diberi Beni Isman bin Rusani. Berumur 42 tahun dan bertugas sebagai doktor pakar jantung atau Cardiologist. Anak ke tiga dari lima adik beradik dan lahir pada 4 Februari 1976 di Kuching Sarawak. Hobi menulis novel dan mempromosikan isu-isu kesihatan di sosial media, dan masih berstatus solo.

GLAM Lelaki: Boleh DR kongsikan dengan kami tentang kerjaya anda sebagai seorang doktor.

DR BENI RUSANI: Saya mendapat pendidikan awal di Sek. Men. Sultan Abu Bakar Kuantan, kemudian mendaftar masuk ke matrikulasi sains di SESMA, Kuala Terengganu. Mengambil jurusan perubatan di Auckland Medical School di New Zealand pada 1996. Pulang ke Malaysia pada tahun 2002 dan bertugas sebagai Houseman di Hospital UM (PPUM), PJ. Kemudian bertugas di Hospital Kajang dan Serdang, sebelum menyambung Masters in Medicine di Hospital UKM. Kini, bertugas sebagai pakar jantung di IJN sejak 2012. Saya memilih bidang ini kerana minat dan cabaran merawat penyakit jantung, seperti serangan & lemah jantung – terutama kes-kes kecemasan di waktu malam. Malah IJN merupakan hospital jantung terbesar di Asia Pacific.

GLAM Lelaki: Baru-baru ini DR ada menegur secara terbuka seorang Insta famous yang bercakap tentang satu isu kesihatan, di mana DR muncul untuk memperbetulkan keadaan. Apa pandangan peribadi tentang kemunculan ‘doktor2 sosial media’ yang kini banyak berkongsi tip kesihatan dan kecergasan tertentu sama ada untuk kebaikan pengguna mahupun untuk melariskan produk masing-masing?

DR BENI RUSANI: Sejujurnya, perkara ini cukup merisaukan saya. Apatah lagi golongan-golongan ini mempunyai pengikut atau ‘followers’ yang ramai. Tidak kira lah apa saja niat mereka. Kita cuma bimbang sekiranya netizen akan menerima bulat-bulat, dan seterusnya mengamalkan tanpa berfikir panjang. Secara tidak langsung, menyebabkan banyak salah tafsiran tentang amalan kesihatan yang tidak betul sekaligus meletakkan nyawa pengikut atau netizen di dalam risiko.

Atas sebab itu, saya menasihatkan agar mereka lebih berhati-hati mengeluarkan tip-tip kesihatan yang mempunyai unsur ‘perubatan’. Jika tidak pasti, mereka boleh bekerjasama dengan mana-mana doktor pakar yang sah dan terlatih. Buat netizen pula, dont simply take their advice. Mereka boleh merujuk dan mendapatkan nasihat-nasihat doktor dari MedTweetMY yang aktif di sosial media terutama Twitter atau boleh hubungi saya sendiri di twitter handle atau Facebook / Instagram saya iaitu @drbenirusani.

GLAM Lelaki: Sejujurnya adakah isu ini memberikan kesan kepada profesion doktor profesional secara amnya?

DR BENI RUSANI: Tidak mudah sebenarnya untuk menjadi seorang doktor apatah lagi ia adalah profesion yang melibatkan nyawa yang tiada galang gantinya. Kenyataan individu-individu ini perlu dipantau sebaik mungkin, terutama sekali dari doktor-doktor profesional. Di sini lah kami memainkan peranan. Tiada niat sebenarnya untuk menghukum atau pun ingin kan populariti semata-mata. Apa saja tip mahupun panduan yang dijumpai di laman-laman sosial yang tidak benar dan mengelirukan, ia adalah tanggungjawab kami untuk memperbetulkan. Mungkin ada yang terasa hati tetapi dalam bab-bab kesihatan ini, mana boleh dibuat main-main.

GLAM Lelaki: Doktor-doktor zaman sekarang dilihat semakin berani tampil ke hadapan terutama dalam media arus utama seperti di kaca tv, sosial media dan sebagainya. Adakah ia bagus atau mampu untuk mengugat profesionalisme seorang doktor di mata-mata masyarakat. Kononnya, orang lain nak popular, mereka pun nak juga. Pandangan DR?

DR BENI RUSANI: To be honest, ini merupakan suatu fenomena yang bagus kerana masyarakat boleh mendekatkan diri dengan doktor. Mereka kini tidak perlu tunggu untuk sakit, baru nak jumpa doktor. Sekarang, doktor boleh berkongsi tip dengan senang serta membanteras mitos-mitos palsu yang disebarkan. Dan yang bagusnya nasihat ini percuma dan langsung tidak dikenakan caj.

GLAM Lelaki: Khabarnya, DR sendiri aktif menulis dan pernah menghasilkan sebuah buku perubatan yang berjudul BREATHE. Boleh DR kongsikan serba sedikit tentang buku tersebut?

DR BENI RUSANI: Exactly! Hobi saya menulis. Dan baru-baru ini saya telah menulis sebuah novel bertajuk Breathe (karya semi-biografi) yang bertemakan persahabatan dan kisah cinta yang hilang (lost-love). Alhamdulillah novel tersebut mendapat title bestseller di tangga satu untuk 7-8 bulan dan masih boleh didapati di kedai buku MPH. Syukur alhamdulillah.

GLAM Lelaki: Bagaimana pula DR dapat membahagikan masa antara kerjaya, hobi dan pada masa yang sama dilihat sentiasa tampak segak dan sihat?

DR BENI RUSANI: Senang saja! Sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat. Makanan seimbang perlu diambil dan jangan sesekali skip exercise 3-4 (hanya 1/2 jam per sesi) dalam seminggu. Tidak perlu makan supplement tambahan. Tidur 7 jam sehari dan minum air secukupnya.

GLAM Lelaki: Baiklah, kata-kata terakhir DR?

DR BENI RUSANI: Dalam kehidupan ini, kita kena cari keseimbangan. Walau sibuk dengan kerjaya, jangan lupa anda mempunyai kehidupan lain yang perlu diberikan perhatian juga. Find that balance, and you will be happy. Last but not least, boleh tonton saya serta rakan-rakan doktor di program MyDoctors, sebuah program perubatan TV di Astro Ria, bermula 19 Februari 2018 setiap Isnin jam 11 malam.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 8 Februari 2018

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

APA LELAKI PERLU TAHU TENTANG KANSER PAYUDARA

JANGAN ABAIKAN! FAKTA PENTING TENTANG KANSER PAYUDARA YANG LELAKI PERLU TAHU

Bacaan Lanjut
Pengakuan Seks

PENGAKUAN SEKS DARIPADA PEMBACA GLAM LELAKI: KISAH SEBENAR, RAHSIA TERBONGKAR

Bacaan Lanjut
TIP MUDAH UNTUK DAPATKAN TIDUR LENA HINGGA KE PAGI

TIP MUDAH UNTUK DAPATKAN TIDUR LENA HINGGA KE PAGI

Bacaan Lanjut
9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

Bacaan Lanjut